Koreografi Lagu LA Girls, Hadiah Monsta X, Shownu Buat Peminat?
Semalam merupakan tarikh kelahiran ahli Monsta X, Shownu…
Semalam merupakan tarikh kelahiran ahli Monsta X, Shownu.
Susulan itu, telah trending di Twitter #HBDtoShownu dimana MONBEBE (peminat Monsta X) mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada idol kesayangan mereka itu.
Bagaimanapun, malam semalam juga melihatkan kejutan Shownu khas buat MONBEBE apabila dia memuat naik video tariannya menari lagu LA Girls, nyanyian asal oleh Charlie Puth.
Difahamkan bahawa dia sendiri yang koreograf keseluruhan lagu tersebut.
Dah macam terbalik pula apabila Shownu yang beri hadiah kepada peminat semasa hari lahirnya itu.
Dalam pada itu, Monsta X juga akan mengadakan konsert di Malaysia pada Sabtu ini bertempat di Stadium Malawati , Shah Alam bermula jam 6 petang.
MONBEBE, tak kan tak nak buat apa-apa?
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






