Tidak Cukup Bukti Punca Kim Hanbin Tidak Disiasat Polis, 3 Tahun Lalu
Tidak cukup bukti, itulah alasan yang digunakan pihak pendakwa untuk tidak meneruskan siasatan terhadap kes cubaan membeli dadah, bekas ketua grup iKON, B.I atau lebih dikenali sebagai Kim Hanbin pada tahun 2016…
Tidak cukup bukti, itulah alasan yang digunakan pihak pendakwa untuk tidak meneruskan siasatan terhadap kes cubaan membeli dadah, bekas ketua grup iKON, B.I atau lebih dikenali sebagai Kim Hanbin pada tahun 2016.
Timbalan Ketua Pengarah 2 Pendakwa Raya bahagian bahagian Suwon berkata ketika pihaknya hanya fokus dengan kes tangkapan dadah Han Seo Hee ketika itu.
“Ketika itu, polis hanya menyerahkan bukti berkaitan penahanan Individu A atau dikenali sebagai Han Seo Hee serta bukti yang ada hanyalah perbualan KakaoTalk antara dia dan B.I.
“B.I bukanlah target untuk siasatan tersebut sementara Han Seo Hee menangis dengan teruk ketika disoal siasat membuatkan proses soal siasat tidak dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, nama B.I tidak pernah disebut semasa disoal siasat,” katanya.
Tambahnya lagi, beliau juga turut mengemukakan siasatan dalaman yang dijalankan oleh pihak polis sebanyak 2 muka surat yang turut merangkumi nama B.I.
“Pihak pendakwa tidak menjalankan siasatan kerana ini (siasatan dalaman) membuktikan bahawa polis sudah menjalankan siasatan mereka. Polis juga mengatakan Han Seo Hee tidak memberikan dadah kepada B.I seterusnya membuatkan tuduhan terhadap idol tersebut ditutup,” katanya.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





