Menangis Teresak-esak Sebab Han Seo Hee Tidak Disiasat Sepenuhnya Isu Dadah Dengan Kim Hanbin?
Dalam satu segmen di MBC baru-baru ini mendedahkan sebab Han Seo Hee tidak disiasat sepenuhnya oleh pihak polis semasa ditahan kerana penyalahgunaan dadah yang membabitkan bekas ketua iKON, Kim Hanbin pada tahun 2016 lalu…
Dalam satu segmen di MBC baru-baru ini mendedahkan sebab Han Seo Hee tidak disiasat sepenuhnya oleh pihak polis semasa ditahan kerana penyalahgunaan dadah yang membabitkan bekas ketua iKON, Kim Hanbin pada tahun 2016 lalu.
Dipercayai, pihak pendakwa ketika itu hanya memanggil Han Seo Hee untuk siasatan sekali sahaja namun tiada laporan rasmi mengenai siasatan dan pendakwaan rasmi dikeluarkan.
Susulan itu, pihak pendakwa dikatakan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.
“Semasa soal siasat dijalankan, Han Seo Hee menangis teresak-esak hingga kami tidak dapat menjalankan siasatan sepenuhnya,” kata kenyataan tersebut.
Selepas insiden tersebut, difahamkan Han Seo tidak pernah dipanggil semula untuk disoal siasat.
Selepas kes tersebut dihantar kepada pendakwa raya, pihak polis meneruskan siasatan terhadap Kim Hanbin selama 6 bulan sehingga Mac 2017 namun tiada keputusan rasmi mengenai kes tersebut.
“Siasatan terhadap Kim Hanbin perlu dilakukan secara dalaman kerana kami telah memberikan semua data kepada pihak pendakwa,” kata kenyaatan daripada pihak polis pula.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





