Lee Seung Gi Terharu Sokongan Airen Di Malaysia! Janji Nak Kembali Untuk Anniversary Tahun Depan?
Walaupun sudah 19 tahun berada di dalam industri hiburan, nama Lee Seung Gi tetap utuh terutamanya di hati para peminatnya yang dikenali sebagai Airen…
Walaupun sudah 19 tahun berada di dalam industri hiburan, nama Lee Seung Gi tetap utuh terutamanya di hati para peminatnya yang dikenali sebagai Airen.
Isnin lalu, berlangsungnya konsert Asia Tour 2023 Lee Seung Gi “The Dreamer’s Dream – Chapter 2 bertempat di Mega Star Area, Sungei Wang Plaza. Konsert dimulakan pada jam 7.45pm bagi menghormati waktu solat.
Seperti biasa, Lee Seung Gi memberikan persembahan dengan vokalnya yang mantap serta mampu membuai hati sesiapa yang mendengarnya.
Di dalam ucapan pembukaannya, dia sempat berkongsi satu fakta menarik mana tarikh konsert berlangsung merupakan tarikh dia debut.
“Pada tarikh ini, iaitu 6 Jun adalah tarikh saya debut. Dah 19 tahun dah. Saya semakin tua,” katanya.
Dia bagaimanapun terharu apabila ada peminat memberitahunya bahawa dia masih kelihatan kacak. “Saya handsome? Terima kasih,” katanya.
Dalam pada itu, Seung Gi juga turut mempunyai hadiah buat Airen Malaysia.
“Masa mula-mula buat konsert jelajah ini di Seoul, lepas habis 13 lagu saya rasa macam. Okay lah, cukuplah. Tapi lepas dah biasa buat tour, saya rasa boleh nyanyi sehingga 20 buah lagu,” katanya.
Di penghujung konsert, peminat mengejutkan Lee Seung Gi dengan sebuah fan project yang ternyata membuatkannya terharu. Airen menunjukkan pencapaian selama 19 tahunnya bergelar anak seni dengan bait-bait lagu memberikan sepenuh sokongan buat dirinya.
Lee Seung Gi sangat terharu dan turut membalas dengan sebuah lagu extra sebagai tanda terima kasihnya.
Konsert berakhir dengan lagu Because You are My Women dan juga para peminat juga dapat hi touch dengan pelakon drama Vagabond itu.
Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…





