“Terima Kasih, Jumpa Lagi,” – Baby Metal Menggegarkan Kuala Lumpur!
Konsert sulung band ‘Japanese Kawaii Heavy Metal’ iaitu Baby Metal di Kuala Lumpur sangat dinanti-nantikan oleh peminat…
Konsert sulung band ‘Japanese Kawaii Heavy Metal’ iaitu Baby Metal di Kuala Lumpur sangat dinanti-nantikan oleh peminat, apatah lagi kumpulan yang dianggotai oleh Su-Metal, Moametal dan Momometal sering memberikan persembahan yang penuh bertenaga di atas pentas.
Seawal jam 5 petang, peminat sudah membanjiri kawasan Zepp, tempat berlangsungnya konsert. Kebanyakan mereka juga berpakaian serba hitam. Konsert dimulakan pada jam 8 malam dengan persembahan pembukaan ‘ Megitsune’.
Kostum yang memukau dan persembahan penuh bertenaga membuatkan peminat turut sama ‘naik’! Tidak mahu mengecewakan peminat, band tersebut turut menyanyikan lagu hit mereka seperti Gimme Chocolate, Pa Pa Ya dan BxMxc.
Selama sejam setengah konsert berlangsung, Baby Metak tidak ketinggalan untuk mempelajari sedikit Bahasa Melayu, antaranya adalah ‘ Selamat Datang Malaysia’ , ‘Sudah Makan’ dan ‘Terima Kasih, Malaysia. Jumpa lagi’.
Walaupun sekejap, kehadiran Baby Metal memberikan memori yang indah buat para peminat. Terima kasih kepada penganjur, iMe Malaysia. Semoga, Baby Metal akan kembali semula ke sini.
Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…





