“Malaysia, Bertenang!” – Ini Antara Perkara Menarik Semasa SUPER JUNIOR-D&E WORLD TOUR: ECLIPSE in Kuala Lumpur 2025!
Fuh, memang hangat betul sambutan Tahun Baru 2025 kali ini!..

Fuh, memang hangat betul sambutan Tahun Baru 2025 kali ini! Apa taknya, seawal 4 Januari dah ada konsert permulaan yang memang mantap habis!

Bagi yang tak tahu, semalam berlangsungnya konsert SUPER JUNIOR-D&E WORLD TOUR: ECLIPSE in Kuala Lumpur 2025 sebagai konsert pembukaan tahun 2025 bertempat di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza . Semua peminat berpakaian mengikut tema iaitu Biru & Hitam (Min pun ikut tema tau)
Okaylah, jom kita tengok perkara menarik yang terjadi semasa konsert berlangsung.

Bermula lebih kurang jam lima petang, Eunhyuk dan Donghae tampil bertenaga membawakan lagu Rock Your Body, Twisted serta B.A.D dan Danger.
Masa ment pertama, sebelum memperkenalkan diri sempat pulak oppa main-main dengan E.L.F yang hadir. Saat tiba masa Donghae untuk memperkenalkan diri, dia terus tanya “Hello Malaysia my name is what?”. Manakala Eunhyuk pulak sempat bagi salam pada para peminat.
Walaupun sudah menghampiri usia 40-an, tapi baik Eunhyuk mahupun Donghae takde tanda-tanda penat ya. Elok je dorang melompat atas pentas tu.

Selain lagu bersama, mereka berdua juga ada beraksi pentas solo iaitu lagu Be dan I Think (Eunhyuk) serta California Love dan One More Chance (Donghae).
Mereka berdua juga sempat mengucapkan Selamat Tahun Baru 2025 kepada peminat. Donghae bagitahu dia tak sihat sangat dari 1 Januari sampai 3 Januari tapi sebab sokongan dan kasih-sayang yang E.L.F berikan buat dia rasa dah sihat.
Untuk konsert ini, hanya rockzone sahaja yang berdiri dan sangat dekat dengan pentas ya. Donghae dan Eunhyuk sempat tanya peminat “Korang okay ke berdiri lama-lama ni?” dan bila fans cakap okay, nampaklah dorang sangat amazed. Donghae juga sempat minta fans supaya jangan tolak supaya orang yang berada dekat penghadang tu tak kesakitan kena tolak.

Tidak dinafikan fan-service Eunhyuk dan Donghae memang thorbaik! Banyak kali dorang pergi dekat peminat. Ada part dorang kena tukar baju tapi masing-masing take turn untuk stay dan berborak dengan peminat. Dah macam fan-meeting pulak rasanya.
Masa part Donghae dengan peminat, dia sempat bergurau. “Siapa yang datang sini dengan boyfriend? Okay boleh keluar sekarang,” katanya. Lepas tu sibuk pula cari siapa fans yang datang dengan partner dorang. Bila dah jumpa suruh bercium pulak. Lahhhh! Pastu tahu takut bila fans pulak suruh Donghae dengan Eunhyuk bercium atas pentas tu. “Malaysia, calm down,” katanya.
Eunhyuk dan Donghae sempat share rancangan untuk tahun 2025 mereka, “Tahun ini sangat istimewa sebab ia merupakan tahun ke 20 kami debut, lepas tu kita juga akan ada aktiviti solo dalam perancangan dan banyak lagi lah,” kata mereka.

Dalam salah satu ment terakhir mereka, sempat jugak dorang nak check umur fans yang datang.
“Siapa sini sekolah rendah? Sekolah menengah? 20-an? 30 -an? 40-an?” tanya Eunhyuk
“40-an tu kitalah,” balas Donghae pula.
Dalam tempoh dua jam setengah konsert berlangsung, baik Donghae dan Eunhyuk sangat kagum dengan energi para E.L.F yang hadir. “Korang memang gila,” kata mereka. Mereka juga berjanji akan datang lagi ke Malaysia.

Konsert SUPER JUNIOR-D&E WORLD TOUR: ECLIPSE in Kuala Lumpur 2025 dianjurkan oleh Star Planet.
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K