10 Perkara Menarik Semasa Running Man RUN2U Live In Kuala Lumpur!
Wah! Siapa sangka, selepas tujuh tahun akhirnya Running Man kembali semua ke Malaysia mengadakan Running Man RUN2U ‘Fan-Meeting’ di Kuala Lumpur!…

Wah! Siapa sangka, selepas tujuh tahun akhirnya Running Man kembali semua ke Malaysia mengadakan Running Man RUN2U ‘Fan-Meeting’ di Kuala Lumpur!
Bertempat di MIECC The Mines, lebih kurang 5000 peminat berkumpul semata-mata nak bertemu dengan Yoo Jae Seok, Jee Seok Jin, Haha, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook dan Yang Se Chan!

Okaylah, tanpa membuang masa jom Min nak share apa perkara menarik yang terjadi semasa fan-meeting tersebut.
Masa persembahan permulaan, ahli Running Man keluar sorang-sorang tau, dimulakan dengan Yoo Jae Suk dan lain-lain. Mereka menyanyikan lagu ‘Spring Day’, nyanyian asal oleh kumpulan BTS. Lagu tersebut memberikan maksud yang dorang rindu dengan fans-fans kat Malaysia ni.

Masa perkenalkan diri, macam biasa of course lah mereka cuba cakap Bahasa Melayu. Antara ayat-ayat yang mereka sempat belajar “Apa khabar, saya…”, “Mantap”, “Saya kacak kan?” dan banyak lagi. Hos pada malam tu pun rajin ajar dorang berbahasa Melayu.
Semasa game pertama, ada dua orang peminat bertuah dapat naik pentas dan main sekali dengan ahli Running Man. Dua-dua pilih Kim Jong Kook untuk main game tersebut.

Malam tu, nama Jee Seok Jin banyak kali dilaungkan oleh peminat. Seronok member layan semua peminat yang hadir. Siap duduk kat hujung pentas untuk sign dan bergambar dengan peminat tau. Pastu, fans buat surprise pulak sambut birthday dia. Meriah betul!
Untuk game yang kedua, semua ahli Running Man kena pakai pakaian dan buat mission dengan peminat. Serius kelakar ya bila masing-masing keluar tu. Yang untung? Mestilah fans! Selain itu, ada enam pemenang ‘double-ganger’ yang dapat naik atas pentas dan bergambar dengan ahli Running Man. Salah seorang pemenang budak lagi ya. Haha nampak lah abah yang penyayang time ni.

Selesai sesi game, tibalah masa yang ditunggu oleh fan iaitu persembahan. Setiap ahli ada solo stage dan collab stage. Ji hyo ahli pertama yang keluar dan menyanyikan lagu Bam Yang Gang nyanyian asal oleh BIBI, tapi yang kelakarnya, penari semua memakai topeng ahli Running Man. Macam manalah dia boleh tak tergelak ya?
Persembahan solo kedua pula oleh HAHA yang membuat kejutan menyanyikan lagu Whiplash nyanyian asal oleh Aespa. Haa, dia punya aura tu memang manterp habis! Ramai yang cakap akhirnya Haha dapat realisasikan impian nyanyi Whiplash versi John Park.

Selain itu, persembahan Yang Se Chan pun best jugak! Dia bertukar jadi Freddie Mercury dan menyanyi lagu Bohemian Rhapsody. Ingatkan dia miming je rupanya ada part dia tarik weh. Kim Jong Kook menyanyikan lagunya sendiri iaitu One Man manakala Jee Suk Jin pula nyanyi lagu All Of Me, tapi kan ada part yang dia dah mengah tu dia suruh fans pulak nyanyi. Mujur semua melayan.

Yang terakhir, Yoo Jae Suk keluar berpakaian serba shocking pink dan menyanyikan lagu trot. Min tak tahu tajuk lagu tapi tetaplah layan semua! Untuk persembahan collab, gandingan mantap Haha dan Yang Se Chan memang cun habis! Serius time tu ramai rasa nak berdiri dance sekali dengan dorang!
Dan semestinya, persembahan yang mengejutkan ramai adalah lagu APT nyanyian asal oleh Rose Blackpink dan Bruno Mars! Kim Jong Kook tiber jadi Rose manakala Yoo Jae Suk in character jadi Bruno Mars. Memang menjerit habis semua fans!

Fuh, sebenarnya banyak lagi yang jadi tapi ni antara yang min boleh share dengan korang. Apa-apapun, dorang semua sangat terharu dengan sambutan mantap fans Malaysia. Malah, masa video khas pun boleh nampak Yang Se Chan dok tahan nangis.
Dan… mereka janji akan datang semula ke Malaysia! Semoga kita semua dapat tengok dorang lagi!

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K