Ini Perkara Menarik Semasa Konsert Jelajah INFINITE 15th Anniversary Limited Edition di Kuala Lumpur!
INSPIRIT! Korang semua dah boleh move on ke tu?…

INSPIRIT! Korang semua dah boleh move on ke tu?
Sabtu lalu, grup INFINITE telah pun mengadakan Konsert Jelajah INFINITE 15th Anniversary Limited Edition mereka bertempat di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza. Serius cakap, memang penuh ya tempat tu dengan peminat semua pakai pakaian ikut tema!
Dan, min nak share sikit perkara yang buat min kagum. Semasa masuk waktu Maghrib, peminat yang beragama Islam ramai-ramai menunaikan kewajipan mereka dan ada juga peminat yang bukan beragama Islam menolong memudahkan urusan mereka itu. Such a heartwarming scene to watch!

Konsert bermula pada jam 8 malam dimana INFINITE menyanyikan lagu Last Romeo, Paradise dan The Eyes. Semasa ment pertama, Nam Woo Hyun mewakili leader, Sung Gyu meminta maaf pada semua peminat kerana dia tidak dapat hadir pada malam tersebut. Untuk pengetahuan, kakak sulung Gyu meninggal dunia kerana sakit. Satu arena memberikan ‘moment of silence’ bagi menghormati mendiang kakak Gyu.
Walaupun Gyu Leader takde, tapi ahli-ahli INFINITE yang lain, iaitu Sung Yeol, L, Nam Woo Hyun, Sung Jong dan Dong Woo memberikan 100 peratus di atas pentas. Di beberapa lagu, mereka tetap membiarkan tempat Gyu kosong dan ada beberapa kali mereka kelihatan merindui leader mereka itu.

Kejutan buat peminat apabila kesemua ahlia ada special solo performance yang khas untuk mereka yang datang konsert sahaja. Sung Jong nyata mengejutkan ramai apabila muncul menyanyi kan lagu Monster Time malah sempat jugak buat waterbomb performance atas pentas tu. Min ingatkan dia nak basahkan peminat, lah sekali basahkan diri sendiri.
INFINITE memang group yang all rounder lah ya sebab min terpana dengan kehebatan vokal masing-masing. L mengejutkan ramai apabila dia hit note tinggi untuk lagu Shot, Dong Woo pula muncul dengan memainkan piano di atas pentas dan suara dia… memang tidur lena ya malam tu. Nam Woo Hyun pula menyanyikan lagu solo leader-nim iaitu Kontrol dan Sung Yeol menyanyikan lagu What’s Not To Love, nyanyian asal L.

Ketika ment kedua, kesemua ahli INFINITE buat encore, nyanyi balik atas pentas lagu persembahan solo mereka tadi. Memang hectic ya masing-masing. Kesian penterjemah nak terjemahkan apa yang dorang cakap. Min agak dorang lupa kot dorang kat Malaysia, memandangkan majoriti boleh je faham apa dorang cakap tu.
Satu benda yang buat min kagum dengan INSPIRIT Malaysia adalah fan chant! Tahu tak INFINITE pun seronok dengar fan chant kuat gila pada malam itu. Dorang siap tanya macam mana INSIPIRIT boleh tahu dan terkejut bila INSPIRIT cakap dorang tengok video dan belajar sendiri. INFINITE approve gais!
Bukan INFINITE lah kalau dorang tak flirt dengan peminat kan? “Sedihnya nak berpisah dengan korang”, “Jangan suka orang lain tau”, “INSPIRIT kesayangan INFINITE” antara ayat-ayat Bahasa Melayu yang dorang sempat belajar. Sebenarnya banyak lagi tapi jeritan fans kuat sangat. Masing-masing dah cair tu.

Fan service INFINITE memang terbaik lah, dorang semua take time untuk tanda tangan merchandise peminat dan cuba sehabis baik untuk layan semua peminat yang hadir. Dorang minta maaf banyak kali sebab ambil masa yang lama untuk datang balik ke Malaysia dan cakap akan cuba untuk datang sekerap mungkin.
Oh, ada satu segmen tu INFINITE kena pilih mangsa untuk buat freestyle dance. So, dorang dok main osom lah. Dong Woo orang yang first terselamat, tapi dia punya eksaited tu kalah budak 10 tahun. Dia lupa ke umur dia berapa. Kelakar betul ya reaksi masing-masing. Walaupun Sung Yeol terpilih untuk buat tapi last-last semua ahli kena buat freestyle dance tu.

Masa ment terakhir, Dong Woo selamba je kantoikan lagu dan koreagrafi comeback mereka. Pastu Sung Yeol dan Sung Jong pun ikut menari sekali. L dengan Nam Woo Hyun hanya mampu senyum je. Mentang-mentang leader takde.
Sung Yeol sempat tanya fans kat Rockzone, dorang okay tak. Lahh semua cakap tak okay, sakit kaki apa semua. Terus dia tergelak sebab faham, fans pun umur-umur dorang kan. Sebelum encore, INSPIRIT semuaa diminta berdiri dan menyanyi karaoke sama-sama. Serius best gila ya time ni. Masa lagu karaoke Be Mine keluar, semua INSPIRIT nyanyi + buat fan chant. Sangatlah best ya!

Min dapat tahu, ada INSPIRIT yang tak dapat beli tiket duduk di luar Mega Star Arena dan ikut sing along lagu-lagu INFINITE. Semoga INFINITE mengotakan janji dan datang lagi ke Malaysia. Apa-apapun, terima kasih pada penganjur, Star Planet kerana telah membawa INFINITE ke Malaysia!

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K