82MAJOR Gegarkan Kuala Lumpur! Persembahan Bertenaga & Momen Kelakar Buatkan Peminat Terhibur!
Kumpulan rookie sensasi Korea, 82MAJOR, menjejakkan kaki ke Malaysia buat pertama kalinya untuk acara fan meeting pertama mereka…

Kumpulan rookie sensasi Korea, 82MAJOR, menjejakkan kaki ke Malaysia buat pertama kalinya untuk acara fan meeting pertama mereka. Dihangatkan dengan momen istimewa, termasuk persembahan lagu Aku Cinta Padamu dalam Bahasa Melayu, fan-meeting ini banyak mencipta kenangan manis buat 600 peminat yang hadir di SEGI University, Kota Damansara pada 16 Februari lalu, anjuran iMe Malaysia.

Persembahan Bertenaga & Ucapan Penuh Kasih
Ahli kumpulan—Seongil, Yechan, Seongmo, Seongbin, Seokjoon, dan Dogyun membuka pentas dengan penuh semangat menerusi lagu debut mereka, FIRST CLASS dan CHOKE. Aksi tarian yang memukau membuatkan seluruh dewan bergema dengan sorakan peminat yang teruja. Kelihatan peminat yang hadir jugak turut membuat fan-chant dan sing-along untuk kedua-dua lagu tersebut.
Dalam pada itu, 82MAJOR terus menambat hati peminat apabila bercakap Bahasa Melayu seperti, “Sayang, Aku Cinta Padamu!” dan “Saya sangat gembira berada di Malaysia!” Membuktikan usaha mereka untuk mendekati peminat tempatan, ketua grup, Seongil, turut mengungkapkan rasa terharu dengan berkata, “Ini kali pertama kami di Kuala Lumpur, dan kami sangat gembira dapat bertemu semua!”

Gelak Tawa & Momen Mesra Bersama Peminat
Acara menjadi lebih meriah apabila ahli kumpulan berkongsi fakta menarik tentang diri mereka. Seokjoon menjadi bahan usikan kerana sukar bangun tidur, manakala Seongbin pula dikatakan sering terlupa gerakan tarian—namun, tetap dikasihi oleh ahli lain kerana kecomelannya.
Dogyun mencuri perhatian apabila gurauan spontan beliau menjadi tumpuan. Kesilapan Yechan yang menyebut “Saya sedap” (yang sepatutnya “sangat sedap”) membuatkan seluruh dewan bergema dengan gelak tawa. Malah, ayat “Saya sedap” itu berterusan diungkapkan oleh Yechan membuatkan peminat bersetuju bahawa idol tersebut memang sedap!

Lautan Merah Jambu yang Meninggalkan Kesan
Satu lagi momen istimewa tercipta apabila peminat yang hadir kompak memakai pakaian merah jambu, membentuk lautan warna yang memukau. Tersentuh dengan usaha itu, 82MAJOR berkata, “Pemandangan penuh merah jambu ini sangat cantik. Kami akan ingat momen ini selamanya.”

Janji Untuk Kembali!
Acara diakhiri dengan janji manis daripada kumpulan tersebut yang mengumumkan sedang mempersiapkan album ketiga mereka. “Kami akan kembali bertemu anda semua tidak lama lagi. Kita janji!”
Acara fan meeting pertama 82MAJOR di Malaysia ini bukan sahaja membuktikan populariti mereka yang semakin meningkat, tetapi juga mengukir kenangan indah di hati peminat yang pastinya sukar dilupakan!

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K