Kiss of Life ‘Gegar’ Kuala Lumpur: Kissy Harap Mereka Datang Lagi!
Grup K-pop, Kiss of Life (KIOF), akhirnya menjejakkan kaki di Kuala Lumpur pada Ahad lalu untuk konsert pertama mereka di Malaysia…

Grup K-pop, Kiss of Life (KIOF), akhirnya menjejakkan kaki di Kuala Lumpur pada Ahad lalu untuk konsert pertama mereka di Malaysia.

Konsert yang dinanti-nantikan, “2025 Kiss of Life 1st World Tour [Kiss Road] in Kuala Lumpur”, anjuran TopGallant Show, telah berlangsung dengan penuh sambutan dan hangat pada 13 April 2025 di Mega Star Arena KL.
Sekitar 3,000 peminat setia mereka, yang mesra dipanggil Kissy, hadir untuk melihat Natty, Julie, Belle dan Haneul beraksi di atas pentas. Bermula tepat jam 5 petang, KIOF membuka tirai persembahan dengan lagu “Get Loud”, “IGLOO” dan “Bad News”.

Saat ment pertama, Julie terkejut dengan sambutan hangat dan jeritan peminat yang sungguh bertenaga sekali! Lagu seterusnya adalah lagu kejutan buat Kissy kerana ia tidak pernah dinyanyikan untuk Konsert Jelajah Kiss Road. Nyata, Kissy tidak mengecewakan dan turut sing-along untuk lagu tersebut.
Seterusnya, mereka mempunyai solo, dimulai dengan Belle, kemudian Julie, Haneul dan diakhiri dengan Natty. Ingatkan kemantapan suara Belle tarik high note dan tarian menggoda Julie untuk lagu “Kitty Cat” dan boleh buat Kissy tidur lena. Muncul pula Haneul yang turun pentas untuk berada dekat dengan peminat! Memang kejutan sangat! Pentas solo diakhiri dengan karisma Natty, menyanyikan lagu “Sugar Coat”.

Selepas menukar kostum kepada pakaian bercorak celoreng yang lebih ranggi, keempat-empat anggota kembali bersatu di atas pentas untuk mempersembahkan “Nobody Knows”, “Te Quiero”, dan “Gentleman”.
Selepas persembahan ini, Haneul menyatakan hasratnya untuk naik ke tingkat dua, dan anggota lain dengan nakal mengatakan bahawa di “Kiss Road”, peminat tidak akan pernah tahu di mana gadis-gadis itu akan berakhir.

Betul mereka tak main-main ya, semasa menyanyikan lagu No One But Us, semua ahli KIOF turun pentas siap naik ke tingkat dua ya. Mujurlah semua Kissy behave dan tak serbu mereka.
“Dah cakap, kan, korang takkan tahu kat mana kami akan berakhir,” kata para anggota selepas kembali ke pentas.
Mereka kemudian meneruskan persembahan dengan “My 808”, “Sticky”, “TTG”, dan “Nothing”.

Semasa ucapan penutup, mereka meluahkan rasa terima kasih kepada peminat yang hadir pada hari itu dan berjanji untuk kembali dengan persembahan yang lebih hebat lagi.
Selepas mempersembahkan “Midas Touch” dan lagu debut mereka “Shhh”, kumpulan itu sekali lagi meninggalkan pentas. Namun, persembahan masih belum berakhir, kerana peminat segera mula melaungkan permintaan untuk encore, yang dengan senang hati dipenuhi oleh KIOF.

Kini berpakaian lebih kasual dengan seluar dan baju longgar, mereka kembali ke pentas untuk mempersembahkan “Bye My Neverland”, “Says It”, dan “Back to Me”.
Sentiasa tersenyum sepanjang konsert, gadis-gadis itu mengekalkan suasana positif sehingga mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Kissy mereka semasa sesi Goodbye selepas acara.

Pastinya, Kissy pulang dengan kenangan manis malam itu dan sangat menantikan hari KIOF kembali ke Malaysia dengan konsert menarik lain yang dapat mereka nikmati sepenuhnya.
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K