“Saya tak nak balik…” – Ini 10 Perkara Menarik Semasa Konsert KAION in Kuala Lumpur!
Setelah enam tahun, akhirnya ahli EXO, Kai atau nama sebenarnya Kim Jong In kembali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur!…

Setelah enam tahun, akhirnya ahli EXO, Kai atau nama sebenarnya Kim Jong In kembali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur!
Untuk pengetahuan, Sabtu lalu, Kai memulakan konsert jelajah solonya dan Malaysia merupakan stop pertama untuk 2025 Kai Solo Concert Tour <KAION in Kuala Lumpur>. Bertempat di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza.

Okay, jom min nak share dengan korang apa perkara menarik yang terjadi semasa konsert.
Konsert bermula tepat jam 7.30 malam. Dari awal lagi Kai dan tease peminat bila dia muncul di atas pentas di sebalik bayang-bayang dengan memakai outfit berwarna merah.
Tiga lagu pertama je memang dah hot habis. Kai memulakan konsert dengan lagu Sinner, Mmmh dan Nothing On Me. Min terkejut sebab fan chant dari EXO-L memang kuat habis.

Kai menyapa EXO-L secara santai (tapi nampak lah dia tu millenial). “Wassup KL, saya Kai,” katanya.
Dia juga sempat meluahkan kegembiraan apabila Malaysia menjadi stop pertama untuk konsert jelajah solonya.
Patutlah masa konsert kat Seoul haritu, Kai malu bila dapat tahu Sehun datang sebab dia memang betul ada banyak tarian seksi. Memang panas satu Mega Star Arena!

Untuk segmen kedua, Kai menukar pakaian kepada sut. Tapi baru satu lagu memang dah basah habis dah baju tu. Tapi bila jadi macam tu lagi lah hot performance dia!
Setiap kali lepas perform, boleh dengar Kai penat. Ada beberapa kali Kai memang take 5 sebab mengah. Yelah, dance-dance dia boleh tahan jugak!
Kai terhibur bila EXO-L jerit setiap kali dia buat sesuatu. Minum air jerit, tengah mengah pun jerit, ada sekali tu dia tengah lap peluh dalam baju, memang menggila lah fan! Terus Kai panggil EXO-L “pervert.”

Selain Kai, penari Bada Lee turut mendapat sambutan peminat. Terutamanya ketika tarian solo Kai dan juga Bada.
Kai sangat terharu dengan sambutan EXO-L malah dia pun lambat-lambat je nak balik semasa pentas encore tamat. “Saya tak nak balik,” katanya.
Sebenarnya banyak lagi momen menarik yang terjadi sampai tak tahu nak tulis yang mana satu.
Apa-apapun, memang fan-service yang diberikan oleh Kai memang mantap! Semoga lepas ni dia akan datang dengan hyung-hyung dia.

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K