“Memang Dia Tinggalkan iKON…” – Akhirnya Bobby Bersuara
Satu ketika dahulu, peminat grup iKON pernah digemparkan dengan berita pengunduran ketua kumpulan tersebut iaitu B.I…
Satu ketika dahulu, peminat grup iKON pernah digemparkan dengan berita pengunduran ketua kumpulan tersebut iaitu B.I atau nama sebenarnya Kim Hanbin dek kerana kontroversi yang melanda dirinya ketika itu.

Saat itu, grup tersebut baharu sahaja habis konsert jelajah mereka dan sedang meningkat naik membuatkan ramai terkejut.
Malah, selepas satu bulan berita mengenai B.I, ahli sedia ada iaitu Bobby, Jinhwan, June, DK, Yunhyeong dan Chanwoo terpaksa beraksi di atas pentas dan kelihatan emosi mereka masih tidak stabil. Ramai peminat menyalahkan agensi pengurusan mereka ketika itu iaitu YG Entertaiment.

Kini, setelah hampir empat tahun berlalu, iKON pun telah meninggalkan YG Entertainment dan menyertai 143 Entertaiment, malah mereka juga berjaya mengekalkan nama iKON.
Terbaharu, setelah lama mengunci mulut perihal bekas ketua iKON, Bobby akhirnya membalas di ruangan komen Instagram miliknya, semalam.
“Saya faham perasaan awak, sebab dia adalah ‘bro’ saya. Dan walaupun dia ada buat perbuatan yang tak elok untuk generasi seterusnya, dia tetap ‘bro’ saya selamanya. Dia tahu apa yang dia buat tu salah, dan cukuplah sebab perkara itu pun dah berlalu.
“Saya sayang dia macam mana korang semua sayang dia dan dia adalah seorang yang baik. Bagilah dia masa untuk memperbaiki dirinya. Kan memaafkan itu adalah lebih baik?” tulisnya.

Tambahnya lagi, walaupun dia merasakan dirinya ditinggalkan B.I ketika itu namun dia telah memaafkan penyanyi lagu BTBT itu.
“Memanglah dia tinggalkan iKON dan saya serta Chanwoo, Song, DK, Jay dan June, tapi lepas dah habis marah dan dendam saya fikir balik yang dia (B.I) ambil keputusan itu untuk tidak menjadi beban untuk kami dan peminat.
“Sebab itu saya ambil keputusan untuk maafkan dia, dan terus menyokong dia sebagai ‘bro’ saya. Tak tahulah kalau saya boleh berkolaborasi dengan dia lagi lepas ni tapi saya tetap sayangkan dia, selamanya,” katanya.

Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






