10 Perkara Menarik Semasa Kim Seon Ho Asia Tour in Kuala Lumpur!
Fuh! Akhirnya impian Seonhohada (kelab peminat Kim Seon Ho) untuk melihat oppa kesayangan mereka di pentas Malaysia menjadi kenyataan…
Fuh! Akhirnya impian Seonhohada (kelab peminat Kim Seon Ho) untuk melihat oppa kesayangan mereka di pentas Malaysia menjadi kenyataan.
Semalam berlangsungnya Kim Seon Ho Asia Tour in Kuala Lumpur <One,Two, Three. Smile> di Mega Star Arena, Sungai Wang Plaza.
Oleh itu, K-Variety Malaysia ingin share perkara-perkara menarik yang terjadi semasa fan-meeting.
1. Hampir semua peminat mengikut tema warna iaitu putih, biru gelap, biru cair dan coklat. Malah ramai fans sampai awal untuk bergambar di booth yang disediakan oleh kelab peminat Kim Seon Ho.
2. Fan-meeting bermula jam 8 malam di mana Kim Seon Ho menyanyikan lagu dari Paul Kim. Seterusnya diakhiri dengan lagu bertajuk ‘Reason’.
3. Bersungguh oppa cuba cakap bahasa melayu tau. Antaranya: “Apa khabar”, “Saya sangat sayang Seonhohada” dan juga “Hati-hati balik nanti ya”.

4. Oppa terkejut sebab ramai Seonhohada di Malaysia boleh cakap Korean. Sejak dari airport, sidang media sampailah ke fan-meeting. Kagum betul dia.
5. Tiga peminat bertuah dapat naik ke pentas dan melakonkan semula babak dalam drama lakonan oppa. Mmmm… mimpi indah betul siapa yang dapat tu

6. Oppa share dia jatuh hati dengan cendol. Dari sidang media sampailah ke Fan-meeting, dok cakap pasal Cendol je.
7. Oppa teringin nak pergi Jalan Alor sebab dia suka makan. Tapi selain tu, dia teringin nak melawat Menara Berkembar Petronas dan Taman Burung.

8. Oppa kagum dengan emcee, Natalie Chai sebab fasih berbahasa korea, bila ditanya dia orang apa, Natalie dengan bangganya jawab “saya orang Malaysia”.
9. Fan-project Seonhohada berjaya! Lautan biru menerangi pekarangan Mega Star Arena & oppa terharu tengok video mesej peminat. Paling best, Seonhohada sama-sama sing-along untuk lagu memori tercipta sebagai tanda menghargai kehadiran Kim Seon Ho di Malaysia.
10. Semua yang hadir fan-meeting dapat ‘Goodbye session” dengan oppa sebelum balik. Dan oppa tetaplah senyum dengan lesung pipit dia tu. Komawo-yo Oppa!

Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…








