“Saya Pun Tak Tahu,”- Komen Jung Hae In Soal Kisah Cinta Jisoo & Ahn Bo Hyun
Kecoh hari ini apabila ahli Blackpink, Kim Jisoo dan pelakon, Ahn Bo Hyun dilaporkan bercinta...
Kecoh hari ini apabila ahli Blackpink, Kim Jisoo dan pelakon, Ahn Bo Hyun dilaporkan bercinta.
Malah, perkara tersebut turut disahkan oleh agensi kedua-dua selebriti tersebut menerusi satu kenyataan rasmi.
“Jisoo dan Ahn Bo Hyun kini dalam fasa saling mengenali antara satu sama lain. Mohon peminat doakan yang baik-baik untuk mereka,” kata kenyataan tersebut.
Sementara itu, rakan baik pelakon drama See You in My 19th Life iaitu Jung Hae In turut menerima tempias ramai berikutan berita tersebut.
Apa tidaknya, Hae In merupakan gandingan Jisoo di dalam drama Snowdrop sebelum ini.
“Saya tak tahu. Betul. Saya sebenarnya tak ambil port sangat siapa bercinta dengan siapa. Lagi-lagi kalau selebriti.
“Tapi tahniahlah pada mereka berdua, dan semoga berbahagia,” katanya ketika majlis Sidang Media drama D.P baru-baru ini.
Dalam pada itu, ramai peminat di laman Twitter tag pelakon tersebut.
Apa pendapat korang?
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






