“MYiKONIC, Korang Memang Terbaik!”- Setelah 5 Tahun, iKON Terkejut Sambutan Hangat Peminat Di Malaysia
Lima tahun bukanlah satu tempoh yang singkat, namun para peminat grup iKON atau lebih dikenali sebagai iKONIC sabar menanti kembalinya Bobby, Jay (Jinhwan), DK (Donghyuk), Ju-ne, Song (Yunhyeong) dan Chan (Chanwoo) di pentas Malaysia…
Lima tahun bukanlah satu tempoh yang singkat, namun para peminat grup iKON atau lebih dikenali sebagai iKONIC sabar menanti kembalinya Bobby, Jay (Jinhwan), DK (Donghyuk), Ju-ne, Song (Yunhyeong) dan Chan (Chanwoo) di pentas Malaysia.
Ternyata, malam Sabtu lalu menjadi memori yang indah baik buat MYiKONIC (iKONIC Malaysia) dan juga iKON apabila Konsert 2023 World Tour Take Off in Kuala Lumpur berlangsung dengan jayanya bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Seramai 9,000 MYiKONIC membanjiri kawasan tersebut seawal jam 11 pagi terutamanya mereka yang memegang pas Rockzone. Ini semua bagi memastikan mereka akan mendapat tempat terbaik dan dekat dengan idol kesayangan mereka.
Tepat jam 8 malam, iKON memulakan konsert jelajah Take Off di Malaysia dengan lagu Tantara dari album terbaharu mereka diikuti dengan Sinosijak. Dan semestinya, peminat turut sama menyanyikan lagu-lagu tersebut dari awal hinggalah akhir.
Walaupun hanya beraksi dengan lima orang ahli kerana Jay memasuki tentera pada 20 Julai lalu, namun kekosongan tersebut tidak dirasai apabila MYiKONIC sebulat suara menyanyikan bahagiannya.
“Ini kali pertama kami beraksi sebagai lima orang tapi kemeriahannya tetap terasa kerana jeritan anda (MYiKONIC) semua menggemakan stadium,” kata DK.

Dalam pada itu, fan-service yang diberikan iKON buat peminat memang top-notch apabila DK, Bobby malah Song sanggup turun pentas dan berinteraksi dengan peminat.
“Kenapa saya lihat ada banyak fanboy ni,” kata Bobby sebelum bertindak turun pentas untuk berinteraksi dengan mereka. Malah, ada peminat bertuah dapat memegang mic Bobby tau.
Dalam pada itu, iKON juga bersetuju bahawa energi yang diberikan oleh MYiKONIC adalah yang terbaik setakat ini untuk Konsert Jelajah Take Off.

“Malaysia, korang punya sing-along, punya energi malam ini memang yang terbaik. Walaupun dah lima tahun berlalu. Tapi korang memang sangat best,” kata DK.
“Betul, bagi saya iKONIC Malaysia sangat mantap dan korang semua sangat bijak. Kitorang (iKON) semestinya nak datang lagi ke sini,” sambung Bobby.
Sementara itu, MYiKONIC juga turut memberikan satu kejutan khas buat iKON di mana sebelum konsert ditamatkan, sebuah video pendek di mana para MYiKONIC menyatakan rasa penghargaan mereka buat kesemua ahli iKON. Video tersebut diakhiri dengan bait kata “iKON & iKONIC are one”.
Untuk pengetahuan, konsert jelajah ini dibawakan oleh Jojo Events dan My Events International.

Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…







