“MY Fav DIVE,”- Ini Perkara Menarik Semasa Konsert IVE Di Malaysia!
Fuh, siapa sangka hebat juga penangan grup rookie, IVE ni. Tahu tak seramai 7,000 orang yang hadir untuk menyaksikan Ahn YuJin, Gaeul, Jang Wonyoung, Rei, Liz, and LeeSeo beraksi di atas pentas…
Fuh, siapa sangka hebat juga penangan grup rookie, IVE ni. Tahu tak seramai 7,000 orang yang hadir untuk menyaksikan Ahn YuJin, Gaeul, Jang Wonyoung, Rei, Liz, and LeeSeo beraksi di atas pentas.
Buat pertama kalinya, IVE membuat konsert jelajah iaitu SHOW WHAT I HAVE bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 17 Februari lalu.
K-Variety Malaysia sangat berterima kasih pada penganjur iaitu iMe Malaysia kerana membawakan grup ini datang Malaysia. Jom kita tengok perkara menarik yang terjadi semasa konsert;

Pertama kali datang ke Malaysia, kesemua ahli IVE sangat teruja untuk bertemu dengan DIVE (kelab peminat). Banyak kali mereka sebut, seronok dapat bertemu dengan DIVE Malaysia.
Semua DIVE yang datang ikut dress code iaitu Pink,Biru dan putih. Memang ikut arahan betul dorang ni.

Konsert berlangsung hampir 3 jam lamanya. IVE banyak berborak dengan DIVE. Sebab itu konsert jadi lama.
Jang Wonyoung sangat flirty dengan peminat yaa… huntung betul siapa yang kat rockzone tu. Banyak kali okay dia bagi flying kiss kat fans. Kenyit mata bagai. Haiiihhh jeles!

Yujin tak berapa sihat malam tu, dia minta maaf sebab tak dapat beri pemsembahan terbaik tapi janji next time dia datang dia akan bagi 100 peratus!
Masing-masing punya solo stage, manterppp! Masa lagu Kitsch, fans sing-along kuat gila. Memang best sangat!

Liv dapat sorakan paling kuat masa ending ment. Tuan punya badan pun terkejut dan tak sangka dapat sambutan macam ni.
Apa-apapun, terima kasih IVE sebab pilih Malaysia untuk destinasi konsert jelajah pertama mereka. Jangan lupa datang lagi!

Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…








