“Saya Janji Awak,”, “Mantap Gila,”, “Bagus Bagus,” – Ini Antara Perkara Menarik Konsert CNBLUENTITY in Kuala Lumpur!
Betul orang kata, makin tua makin berbisa!…
Betul orang kata, makin tua makin berbisa!
Sabtu lalu, band Korea Selatan iaitu CNBLUE berjaya membuatkan para peminat mereka yang dikenali sebagai BOICE tidur lena dek kerana kelincahan mereka beraksi di atas pentas semasa konsert ‘2024 CNBLUE Live ‘CNBLUENTITY’ in Kuala Lumpur’.

K-Variety Malaysia juga sangat bertuah kerana menjadi sebahagian daripada 5,000 peminat yang hadir pada malam konsert yang bertempat di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza. Boleh dikatakan hampir kesemua BOICE memakai pakaian mengikut tema warna iaitu biru.
Jom, kami share dengan korang perkara menarik yang terjadi semasa konsert berlangsung. Sebelum kami terlupa, konsert ini dibawakan oleh penganjur, Lo-Fi Entertainment Hit Maker Entertainment.

Konsert bermula pada jam 8.30 PM. 10 minit sebelum konsert bermula, BOICE dah start chanting nama CNBLUE. Rupa-rupanya vokalis band, Yonghwa record dan upload kat IG dia.
CNBLUE menyanyikan 24 lagu sepanjang konsert. Bermula dengan You’re Loner dan diakhiri dengan lagu Love Girl. Oh ya, CNBLUE ada dua encore ya. Fans ingat lepas lagu Then, Now and Forever, konsert dah habis, sekali oppa-oppa keluar sekali lagi untuk kali yang terakhir!

Masa nak perkenalkan diri, mic Minhyuk tak berfungsi. Ketiga-tiga mereka memperkenalkan diri dalam Bahasa Malaysia Sempat ya oppa belajar.
Konsert sepatutnya 2 jam setengah sahaja tapi jadi sampai 3 jam lebih. Semua sebab ketiga-tiga mereka, Yong Hwa, Jung Shin & Min Hyuk gigih nak belajar Bahasa Malaysia. Yang bestnya, elok pula sebutannya tu.

Sekarang ayat feveret dorang adalah “Mantap gila,” & “One two Jus”. Banyak kali Yonghwa sebut. Lepas tu, member yang lain pun dok sebut jugak.
CNBLUE janji nak datang ke Malaysia lagi! “Saya janji awak,” katanya. Dia sangat terharu dengan sambutan BOICE walaupun dah hampir 10 tahun tak datang sini.

Masa fans project, reaction Yong Hwa, Jung Shin & Min Hyuk atas pentas tu comel betul ya. Dorang sendiri cringe dengan zaman ‘muda remaja’ dorang.
Betul kata orang, lagi otai lagi berbisa. Yong Hwa punya vokal sangat steady ya atas pentas. Dia dok melompat lah, dance lah dan siap lompat dari stage ke fans, tapi suara dia kekal steady! Fan-service memang top notch!

Ada beberapa lagu macam Lady, Coffee Shop & In My Head, fans pun ikut melompat sekali kat bawah. BOICE memang mantap gilerrrr!
CNBLUE puji suara BOICE. Sedap katanya! Ada part, Yonghwa record BOICE nyanyi lagu Love Light. Pastu dia ada letak sikit kat Instagram dia!
So sekarang, kita akan tunggu bila lagi CNBLUE akan datang ke Malaysia. Semoga janji mereka ditepati. Dan sekali lagi terima kasih pada penganjur kerana bawa CNBLUE ke sini selepas hampir 10 tahun.

Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…








