ONEUS Terharu, Sambutan Hangat To Moon Di Malaysia. Sampai Ada Yang Mengalir Air Mata!
“Saya sayang Malaysia!” – Berkali-kali ucapan keramat itu kedengaran daripada mulut ahli ONEUS iaitu Seoho, Lee Do, Keonhee, Hwangwoong dan Xion!…
“Saya sayang Malaysia!” – Berkali-kali ucapan keramat itu kedengaran daripada mulut ahli ONEUS iaitu Seoho, Lee Do, Keonhee, Hwangwoong dan Xion! Sampai begitu sekali ONEUS menghargai peminat mereka yang juga turut dikenali sebagai To Moon di Malaysia.

Untuk pengetahuan, ONEUS menjejakkan kaki ke Malaysia untuk Konsert ONEUS 2ND WORLD TOUR ‘La Dolce Vita’ di KUALA LUMPUR pada Sabtu lalu, bertempat di Zepp.
Konsert yang bermula tepat jam 6 petang itu, menyaksikan persembahan yang penuh bertenaga dari kelima-lima ahli ONEUS. Dari konsep cute hinggalah ke sexy, semua dipersembahkan buat 1000 peminat yang hadir pada malam tersebut!

Selain itu, salah satu momen menarik yang terjadi apabila tiga ahli ONEUS iaitu Hwanwoong, Keonhee dan Xion menari lagu tiktok trending iaitu “Alamak Raya Lagi”, bagaimanapun, background lagu itu dinyanyikan oleh To Moon.

Dalam pada itu, To Moon juga disajikan dengan pemandangan indah apabila kelima-lima ahli ONEUS berpakaian baju melayu semasa membuat persembahan! Cuma, Lee Do sahaja yang tak dapat pakai sebab baju tu tak muat. Alahaaiii, anak siapa lah comel sangat ni ya.
Dan semestinya, kejutan To Moon buat ONEUS sampai buat Keonhee mengalirkan air mata. Semuanya gara-gara video penghargaan yang ditayangkan khas untuk ONEUS.

“Jangan menangis (uljima),” kata To Moon dan dibalas Keonhee “Mana ada menangis,” tapi dia tengah lap air mata masa tu.
” Ayat first yang keluar dalam video tu dah buat hati saya ‘sakit’. Saya minta maaf sebab To Moon terpaksa tunggu lama untuk lihat kami datang ke Malaysia, kami akan cuba untuk datang lebih kerap ke sini” katanya.

Antara lagu-lagu yang dibawakan ONEUS adalah Black Mirror, Valkyrie, Come Back Home, Stupid Love dan banyak lagi! Anyway, terima kasih pada penganjur sebab bawa ONEUS ke Malaysia!
Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…








