“Nado-Sayanghae”, Menari dengan Fans, Sexy Cute Face… Ini Antara Perkara Menarik Fan Meeting Junho The Moment 2023
Fuh fuh, memang panas, menang meriah, memang bergema satu Mega Star Arena hanya disebabkan satu individu iaitu Lee Junho!…
Fuh fuh, memang panas, menang meriah, memang bergema satu Mega Star Arena hanya disebabkan satu individu iaitu Lee Junho!
Sabtu lalu, berlangsung sudah Lee Junho 1st Fan Meeting Tour <Junho The Moment 2023> di Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan, Junho kembali beraksi di pentas Malaysia sejak kali terakhir bersama dengan ahli kumpulan 2PM pada tahun 2011.

Nak tahu tak apa perkara-perkara menarik semasa fan-meeting ni? Jom kita tengok kat bawah.
Semasa sesi soundcheck, Junho sempat buka sweater yang dipakainya untuk diberi pada peminat bertuah. Penyanyi lagu Ride Up itu sempat berpesan untuk simpan tenaga dan menjerit sepuasnya semasa Fan-meeting nanti.
Rata-rata peminat hadir mengikut tema pakaian yang diberikan iaitu Kuning, Hitam dan putih. Malah, lightstick berwarna kuning juga turut disediakan buat peminat yang hadir menjadikan Mega Star Arena bergemerlapan dengan warna tersebut.

Junho oppa dedahkan bahawa dia sempat belajar Bahasa Melayu semasa dalam perjalanan ke Malaysia namun dia tertidur. “Apa khabar, saya Lee Junho”, “Adakah awak semua sudah bersedia” – ini antara Bahasa Melayu yang sempat dipelajarinya.
“Sayang sayang, sayang sayang sayang? Sayang sayang sayang,” – Hos, Hani Fadzil sempat mengajar ayat tersebut pada pelakon drama King The Land itu.
Hani Fadzil mengakui jantungnya terhenti apabila Lee Junho memandang tepat ke arah matanya dan meminta dia mengajar mengucapkan ayat “I love you” di dalam Bahasa Melayu.

Beberapa peminat bertuah dapat main challenge main mata dengan pelakon drama Wok of Love itu. Lee Junho kalah dalam semua permainan tersebut.
Lee Junho mencuba sehabis-baik untuk merealisasikan permintaan peminat. Dia buat ‘wink’, buat ASMR bangun tidur malah buat Sexy Cute Face khas untuk peminat Malaysia.
Penyampai radio dan pelakon, Muna Bella salah seorang fans bertuah apabila dia menjadi guru untuk mengajar Lee Junho cara membuat Sexy Cute Face.
Seorang fans bertuah dapat menari lagu ‘I Can’ bersama Junho. Kalau min min tu dah pengsan on the spot kot.

Junho memberikan persembahan yang sangat mantap! Walaupun berpeluh teruk tapi dia tetaplah tersenyum demi untuk peminat.
‘Nado-sayanghae’ – balas Junho apabila peminat mengucapkan saranghae kepadanya.
Semua fans yang datang pada malam itu dapat tidur lena sebab Lee Junho buat sesi Hi Bye untuk semua yang datang. Thank you oppa for the best night!

Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…








