“We Rose You,” – Ini Perkara Menarik semasa Konsert The Rose Dusk To Dawn di Kuala Lumpur
Setelah LIMA tahun, akhirnya rock band, The Rose kembali menggegarkan Malaysia!…
Setelah LIMA tahun, akhirnya rock band, The Rose kembali menggegarkan Malaysia!
Konsert jelajah itu berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, bermula jam 8.30 malam dan dihadiri oleh 3,000 Black Roses (kelab peminat band The Rose). Konsert ini juga dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment.

Jom kita lihat perkara menarik yang terjadi semasa konsert.
Band The Rose memulakan konsert dengan nyanyian lagu Eclipse. Start je konsert memang terus bingit telinga dengan jeritan Black Roses.

Semua ahli malam tu sangat flirty dan aktif ya atas pentas, terutama sekali Park Dojoon. Kim Woosung pun ada jugak tapi kurang sikit lah.
Black Rose jadi galau teruk masa lagu Back To Me. Siapalah yang sakiti mereka ya?

Masa ment, Woosung minta Black Rose nyanyi part ‘say yes’. Tapi, bila nyanyian tu macam meh, dia terus tanya “Ini ke Black Rose Malaysia?”. Terus fans nyanyi betul-betul.
Vokal Black Rose terutama Woosung dan Dojoon memang tak dapat dipertikaikan. Steady je dorang nyanyi sambil melompat atas pentas tu. Konsert dua jam lebih kot.
Kejutan untuk peminat apabila drummer, Hajoon dan juga basist, Jaehyeong menyanyi lagu I.L.Y khas untuk Black Rose. Cairrr

Ada part yang The Rose suruh fans berdiri. Mana boleh konsert rock tapi fans semua duduk kan? Tak feel lah gitu.
Sebelum ment terakhir, The Rose berkongsi perjalanan band itu dari awal hinggalah ke sekarang. “Walaupun kami dah berada di pentas besar, kami semua tak akan berada di sini tanpa Black Rose semua. Jadi, terima kasih sebab sentiasa support kami,” kata Woosung.

Peminat bertuah dapat ros merah dari The Rose! Huntunglah siapa yang duduk depan sebab dorang baling je pada peminat.
Sebelum konsert habis, mereka sempat bergambar dengan fans, pastu Dojoon siap bawak bendera Malaysia atas pentas. Sebelum meninggalkan pentas, semua ahli cakap “We rose you,”.

Anyway, terima kasih The Rose sebab datang ke Malaysia dan terima kasih pada penganjur sebab berjaya bawak The Rose kembali ke pentas Malaysia.

Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…








