“Pelukan Virtual Untuk Leo,” – Tulis Peminat Buat TraineeA, Leo
Baru-baru ini, salah seorang pelatih di Agensi HYBE, Leo mengumumkan bahawa dia akan berhenti sekaligus meninggalkan agensi tersebut…
Baru-baru ini, salah seorang pelatih di Agensi HYBE, Leo mengumumkan bahawa dia akan berhenti sekaligus meninggalkan agensi tersebut.
Leo yang mula mencipta nama menerusi TraineeA agensi tersebut membuat pengumuman itu Vlog grup tersebut.
“Saya sudah menjadi trainee selama tiga tahun setengah sejak berusia 17 tahun. Sepanjang tempoh itu, banyak perkara yang sudah saya pelajari dan memori yang sangat saya hargai.
“Namun begitu, dalam tempoh itu juga saya tidak dapat lari daripada sesuatu yang merisaukan saya. Saya telah cuba untuk tidak memikirkannya namun setiap hari, ia semakin membesar.
“Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berehat seketika dan berhenti daripada TraineeA,” jelasnya.
Susulan itu, tular di Twitter #TraineeA di mana peminat memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sama-sama kita doakan semoga Leo akan cepat sihat dan kembali semula ke industri.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






