Perginya bintang baru Yoo Ju Eun, Netizen Zahir Ucapan Takziah
Aktres, Yoo Ju Eun, 27 tahun dikhabarkan meninggal dunia dipercayai membunuh diri. Perkara ini disahkan oleh abang pelakon tersebut menerusi laman Instagram miliknya…
Aktres, Yoo Ju Eun, 27 tahun dikhabarkan meninggal dunia dipercayai membunuh diri. Perkara ini disahkan oleh abang pelakon tersebut menerusi laman Instagram miliknya.
“Saya memohon maaf kepada semua orang terutamanya kepada ibu, ayah, nenek dan abang saya. Minda saya sering menjerit mengatakan saya tidak mahu hidup lagi. Anda mungkin akan rasa kekosongan namun semoga anda dikurniakan kekuatan untuk mengharunginya.
“Saya mempunyai kehidupan yang gembira selama 27 tahun ini. Tolong jangan salahkan sesiapa dan teruskan kehidupan anda. Saya benar-benar ingin meneruskan karier sebagai seorang pelakon namun jalan pilihan sayan ini bukanlah mudah. Baru saya sedar yang impian saya ini boleh menjadi satu berkat atau juga sumpahan pada diri saya.
“Mungkin Tuhan tidak akan menghantar saya ke neraka kerana dia sayangkan saya. Dia akan menjaga saya dan sayangi saya, oleh itu janganlah anda semua risau.
“Kepada ibu dan ayah, saya sayangkan anda. Tolong jangan menangis ya,” tulisnya di dalam nota terakhir.
Acara pengebumiannya akan diadakan pada 31 Ogos 2022. Antara drama lakonannya adalah Big Forest dan Joseon Survival.
Dalam pada itu, netizen menzahirkan rasa takziah di atas pemergiannya yang tidak disangka itu.


Sumber: AKP/ Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






