Peminat Tolak Chen Di Airport, EXO Luah Rasa Kecewa
Rasanya, sudah banyak kali isu membabitkan keselematan artis apabila berada di tempat awam…
Rasanya, sudah banyak kali isu membabitkan keselematan artis apabila berada di tempat awam.
Malah, ada artis yang hampir menjadi mangsa dek kerana peminat terlalu agresif terutamanya ketika berada di kawasan lapangan terbang.
Terbaru, EXO meluahkan rasa kesal apabila salah seorang ahli mereka iaitu Chen menjadi mangsa peminat apabila dia ditolak hanya kerana peminat tersebut mahu mengambil gambar ahli lain.
Susulan itu, Chanyeol menulis di laman Instagramnya meluahkan rasa kesal atas keselamatan dia dan ahli-ahli yang lain.
“Sejak akhir-akhir ini saya berasa tidak selamat apabila berada di lapangan terbang.
“Saya muat naik kenyataan pendek ini memikirkan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain yang berada di lapangan terbang itu.
“Saya sangat berharap semoga tiada kes lain yang melibatkan kami atau tidak di lapangan terbang lain dan juga kepada orang ramai yang berada di kawasan tersebut terutamanya jika ada penggambaran,” tulisnya.
Sementara itu, vokalis EXO turut sama memuat naik tweet berkaitan isu tersebut.
“Kalau kamu semua ikut arahan semasa di lapangan terbang EXO-L, kamu akan jadi lebih cantik lagi.
“Kami minta maaf jika kamu disakiti oleh orang lain membuatkan pergi ke lapangan terbang adalah satu azab buat kamu.
“Tolong jangan lari dan tolak orang lain, saya risau jika kamu terluka sebab perkara ini,”tulisnya pula.
Nampaknya EXO terasa dengan insiden yang menimpa mereka ni. Moga-moga para peminat akan lebih berhati-hati selepas ini.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




