“Reaksi Bila Geng-Geng BTS Kecam Kau Bila Kalau Cakap…,” _ Alif Satar Steady Je Walaupun Dikecam
Pelakon, penyanyi dan pengacara, Alif Satar menjadi mangsa terbaru peminat Kpop apabila dia mengatakan bahawa Boy With Luv dinyanyikan seramai lapan orang semasa konsert separuh akhir Big Stage 2019, Ahad lalu…
Pelakon, penyanyi dan pengacara, Alif Satar menjadi mangsa terbaru peminat Kpop apabila dia mengatakan bahawa Boy With Luv dinyanyikan seramai lapan orang semasa konsert separuh akhir Big Stage 2019, Ahad lalu.
Susulan itu, ramai yang menegur penyanyi tersebut mengatakan bahawa ahli BTS hanyalah 7 orang sahaja iaitu terdiri daripada RM, Suga, Jin, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook.
Dia bagaimanapun tidak mudah melatah dan memuat naik foto di laman Instagramnya mempersoalkan berapa ramai sebenarnya penyanyi lagu hits tersebut.
“Reaksi bila geng-geng BTS kecam kau bila kau cakap ‘lagu ni 8 orang nyanyi tau’. Sila bahas, Boys With Luv berapa orang nyanyi. #BigStage,” tulisnya.
Berikutan itu, orang ramai seakan baru tersedar bahawa lagu tersebut sememangnya dinyanyikan oleh lapan orang jika termasuk Halsey.
Haa… lain kali jangan mudah melatah ya fans. Apa-apaun, K-Variety puji sikap Alif yang rileks sahaja membalas semula kecaman netizen ni. Good job!
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




