“Rasa Macam Kat Neraka,” – Ryan Reynolds Di Masked Singer Korea. Tapi Penterjemah Cakap…
Kecoh jap bila pelakon Hollywood yang popular dengan watak Deadpool cakap pengalaman dia di The King Of Masked Singer Korea pada tahun 2018 bagaikan dalam ‘neraka’…
Kecoh jap bila pelakon Hollywood yang popular dengan watak Deadpool cakap pengalaman dia di The King Of Masked Singer Korea pada tahun 2018 bagaikan dalam ‘neraka’.

“Apa yang gilanya adalah saya betul-betul rasa macam berada di neraka,” kata pelakon tersebut menyebabkan ramai yang mempunyai persepsi tersendiri.
Memetik Naver Entertainment, seorang penterjemah Korea Selatan, Hwak Seok Hee menjelaskan bahawa ‘neraka’ yang dimaksudkan pelakon filem Definitely Maybe itu bukan secara harafiahnya.
“Dia (Reynold) tak maksudnya neraka yang sebenar-benarnya. Contohnya macam ni lah. Perempuan kalau keluar tak pakai mekap lepas tu tiba-tiba boyfriend dia melamar depan orang ramai, itulah perasaan yang dirasakan oleh dia.
“Reynold berkata demikian selepas kantoi dan harus membuka topengnya, saya tidak berpihak pada dia tapi kena lihat konteks ayat dan situasi juga,” katanya.

Di dalam interview itu juga, Reynold sempat berterima kasih kepada produser The King of Masked Singer kerana telah membuatkan dia mengetahui had dirinya.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






