“Stop Red Velvet Mistreatment,” Trending Di Twitter, Semua Gara-Gara…
Uish, apa yang Reveluv marah sangat tu?…
Uish, apa yang Reveluv marah sangat tu?
Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba ‘Stop Red Velvet Mistreatment’ trending teruk di laman Twitter. Rata-rata peminat meluahkan rasa kesal terhadap agensi Red Velvet iaitu SM Entertainment berkaitan dengan mini album terbaru mereka.
Untuk pengetahuan, Red Velvet bakal comeback dengan mini album iaitu The Reve Festival 2022- Birthday . Susulan itu, akan terdapat pre-order untuk jualan album tersebut yang didatangkan dengan 2 versi iaitu ‘Cake’ dan ‘Photobook’.


Bagaimanapun, kegembiraan peminat tidak tahan lama apabila jualan pre-order album versi ‘ Cake’ habis terjual dalam masa 1 jam sahaja dan sebanyak 5,000 salinan sahaja.
Susulan itu, ramai peminat mengkritik tindakan SM Entertaiment yang seakan-akan tidak mengerti kuasa membeli peminat Red Velvet.
Setakat ini, tiada respon diberikan oleh wakil agensi tersebut. Semoga Reveluv semua dapat bersabar ya.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






