“Saya Kini Menentang Pembedahan Plastik!”- Jessi
Rapper, Jessi merupakan salah seorang selebriti yang terang-terangan mengakui melakukan pembedahan plastik. Malah, dia juga tidak malu untuk bercakap mengenai perkara tersebut di kaca tv.
Rapper, Jessi merupakan salah seorang selebriti yang terang-terangan mengakui melakukan pembedahan plastik. Malah, dia juga tidak malu untuk bercakap mengenai perkara tersebut di kaca tv.
Bagaimanapun, Jessi yang baru-baru ini muncul di program realiti Radio Star menjelaskan bahawa dia sudah berubah pandangan mengenai pembedahan plastik dan mengakui kini menentang perkara tersebut.

“Saya kini menentang pembedahan plastik. Ramai yang ingat saya buat banyak pembedahan plastik tetapi sebenarnya tak pun. Sebelum ini, saya hanya buat mata dan hidung je.
“Sekarang, saya dah tak nak buat pembedahan plastik dah sebab tahu yang saya tak akan boleh jadi sempurna. Saya sendiri dah cantik tanpa perlu itu semua [pembedahan plastik],” katanya.
Dalam pada itu, Jessi turut mengajak orang ramai untuk tidak terlalu bergantung pada pembedahan plastik untuk tampil cantik.
“Kita kena sayang diri kita dulu,” tambahnya lagi.

Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






