“Tuduhan Tidak Berasas!” – Kata Agensi Bila Hyun Bin & Song Hye Kyo Sekali Lagi Digosip Bercinta,
Pelakon, Hyun Bin dan Song Hye Kyo mendapat perhatian netizen apabila ada dakwaan mengatakan bahawa mereka berdua kembali bercinta baru-baru ini…
Pelakon, Hyun Bin dan Song Hye Kyo mendapat perhatian netizen apabila ada dakwaan mengatakan bahawa mereka berdua kembali bercinta baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang individu mendakwa terlihat pasangan itu sedang ber’dating’ di daerah Yangpyeong. Malah media dari China turut mengeluarkan laporan bahawa kedua-dua pelakon itu turut membeli rumah di kawasan itu dan kelihatan sering bersama.

Bagaimanapun, agensi Hyun Bin iaitu VAST Entertainment segera mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.
“Khabar angin daripada media China yang mengatakan bahawa aktor Hyun Bin dan Song Hye Kyo sedang bercinta adalah tidak berasas,” tulis kenyataan tersebut.
Sebelum ini, pelakon yang popular dengan drama Crash Landing On You dan Descendant of The Sun itu pernah menjalinkan hubungan pada tahun 2008 sebelum berpisah pada tahun 2011.
Mereka juga mula bercinta apabila digandingkan bersama di dalam drama The World They Live In.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






