“Saya Lari Macam Orang Gila” – Gong Yoo Dedah Dia Penakut + Keadaan Sebenar Masa Berlakon Filem Zombi
Kalau lihat Gong Yoo, mesti orang ingat dia seorang yang sangat cool dan berani terutamanya setelah menonton lakonannya dalam filem hits, Train To Busan…
Kalau lihat Gong Yoo, mesti orang ingat dia seorang yang sangat cool dan berani terutamanya setelah menonton lakonannya dalam filem hits, Train To Busan.
Siapa sangka bahawa pelakon itu sebenarnya seorang yang penakut!
Dalam program temu bual baru, ‘Because Lee Dong Wook Wants To Talk’, aktor tersebut mendedahkan situasi yang perlu dilaluinya semasa berada di set penggambaran filem Train To Busan.
“Saya benci filem seram. Saya tak akan boleh menontonnya seorang diri. Masa saya berlakon dalam Train To Busan, mekap dan kostum watak zombi sangat ‘real’.
“Walaupun saya tahu mereka adalah manusia di sebalik mekap itu, saya lari macam orang gila setiap kali berlakon,” dedahnya.
Tambahnya lagi, dia juga sentiasa terkejut apabila para zombi itu menegurnya dalam keadaan penuh darah dan mekap yang mengerikan.
“Mereka akan datang dekat dengan saya dan panggil nama saya. Mestilah saya terperanjat kan dan kemudian mereka cakap nak ambil gambar,” kongsinya.
OMG!
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



