Tiada Anomali Ditemui Dalam Autopsi Sulli, Kes Ditutup
Laporan autopsi bedah siasat pelakon dan penyanyi, Sulli telah diperolehi pada 10 Disember lalu namun ia dirahsiakan daripada netizen…
Laporan autopsi bedah siasat pelakon dan penyanyi, Sulli telah diperolehi pada 10 Disember lalu namun ia dirahsiakan daripada netizen.
Bagaimanapun, media berjaya mendapatkan laporan tersebut yang mengatakan bahawa tiada anomali ditemui pada Sulli. Susulan itu, polis telah menutup kes tersebut sebagai mati mengejut.
Selain itu, berdasarkan laporan itu juga menunjukkan bahawa waktu kematian Sulli dipercayai kira-kira tengah malam sebelum dia ditemui keesokan paginya.
Untuk pengetahuan, pengurus Sulli terputus hubungan dengannya pada petang hari sebelum kematian. Pengurusnya kemudian melawat Sulli keesokan paginya sebelum menemuinya dalam keadaannya itu.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




