SBS Mohon Maaf Isu Law Of The Jungle, Akan Hukum Team Produksi
SBS akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes program Law of The Jungle di Thailand baru-baru ini…
SBS akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes program Law of The Jungle di Thailand baru-baru ini.
“SBS mengadakan mesyuarat jawatankuasa pada 18 Julai berkisar Law Of The Jungle in Lost Island yang mempamerkan team produksi menangkap kerang gergasi di Thailand. Keputusan telah dibuat dimana amaran, pergantungan dan pemotongan gaji terhadap Ketua bahagian hiburan iaitu (ketua produser, dan produser. Selain itu, produser tersebut turut digugurkan daripada team produksi.
“Dalam pada itu, SBS juga akan memadam semua video streaming episod tersebut bagi meminimakan ketidakselesaan penonton. Kami akan melakukan yang terbaik selepas ini dan mengadakan kajian menyeluruh mengenai satu-satu episode untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi lagi.
“Kami mohon maaf kepada semua penonton, sekali lagi SBS memohon maaf kerana kekurangan ilmu mengenai memburu dan merakam kerang gergasi tersebut,” tulis kenyataan tersebut.
Sebelum ini, pelakon Lee Yeol Eum berdepan dengan hukuman penjara di Thailand kerana menangkap kerang gergasi semasa terlibat dengan program di sana.
Difahamkan, pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan surat mengenai hidupan laut yang tidak boleh diburu namun ia dilanggar oleh team produksi tersebut.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




