Song Joong Ki & Song Hye Kyo Sah Dah Bercerai!
Song-Song couple kini sudah berakhir….
Song-Song couple kini sudah berakhir.
Hari ni, pada jam 10 pagi merupakan titik noktah terakhir buat pasangan pelakon, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo apabila kedua-dua mereka kini sah bercerai.
Kedua-dua mereka memilih untuk bercerai secara baik dan tidak membahagikan aset atau hartanah mereka bersama serta menyelesaikan penceraian mereka di luar mahkamah.
Dalam pada itu, urusan penceraian mereka turut diumumkan oleh agensi Song Hye Kyo, UAA menerusi satu kenyataan.
” “Hai, ini adalah UAA. Hari ini bertarikh 22 Julai 2019, penceraian Song Hye Kyo mencapai kata putus di Mahkamah Keluarga Seoul. Perbincangan diadakan oleh kedua-dua belah pihak dan proses penceraian telah pun selesai tanpa ada pembahagian aset dan harta benda oleh kedua-dua belah pihak,” tulis kenyataan tersebut. “
Kedua-dua mereka bertemu semasa sama-sama terlibat dalam drama hits Descendant of The Sun pada tahun 2016 lalu dan berkahwin pada hujung 2017 lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Hujung bulan lalu, Song Joong Ki memfailkan penceraian di Mahkamah Keluarga Seoul menerusi peguamnya dengan alasan tiada persefahaman. Difahamkan, kedua-dua mereka sudah tidak tinggal sebumbung agak lama.
Apa-apapun, moga kedua-dua mereka menemui kebahagian masing-masing ya!
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



