Sebak Baca Surat Ibu Kim Han Bin…
Semalam, waktu K-Variety sedang skrol Twitter membaca isu Kim Han Bin, tiba-tiba mata tertancap pada surat dipercayai ditulis oleh ibunya…
Semalam, waktu K-Variety sedang skrol Twitter membaca isu Kim Han Bin, tiba-tiba mata tertancap pada surat dipercayai ditulis oleh ibunya.
“Anak kesayanganku, Bin…rasanya ini kali pertama ibu menulis surat ini kepada kamu. Rasa sangat pelik namun ibu harap kata-kata ibu ini sampai kepada kamu.
“Di usia muda, untuk mengejar impian kamu telah meninggalkan keluarga dengan awal jadi tentunya ia sangat sukar dan memenatkan.
“Namun, kamu sangat matang dan boleh terima semua itu. Terima kasih kerana membesar dengan begitu baik dan buat apa yang harus dilakukan.
“Mempunyai kerjaya sebagai seorang selebriti, kamu berdepan dengan banyak benda. Ada banyak insiden yang sukar selama ini namun ibu bersyukur kamu mampu mengharunginya.
“Tapi bila melihatkan semua kesusahan yang kamu perlu hadapi, ibu menjadi sangat sedih. Ibu sangat sedih kerana satu-satunya perkara yang boleh ibu lakukan untuk kamu adalah melihat dari tepi bagaimana kamu harus menghadapi semua itu.
“Namun, ibu percayakan anak ibu. Ibu tahu kamu akan dapat hadapi semua dugaan ini seperti mana kamu hadapinya sebelum ini.
“Selain ibu, ada juga peminat yang lebih risaukan kamu lebih berbanding ibu.
“Jangan lupa impian dan harapan yang kamu ada sejak awal dulu. Selalu buat yang terbaik dan kamu sudah pun menjadi yang terbaik di mata ibu. Ibu selalu akan menunggu anak ibu di tempat biasa.
“Pesanan: Memandangkan kita saling sayang-menyayang, selalu ‘contact’ ibu, jangan tak balas Kakao Talk ibu dengan karisma kamu tu. Ibu sayangkan kamu,” tulisnya.
sumber: Twitter
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





