Han Seo Hee Rupanya Individu A dalam Perbualan Kakao Talk Bekas Ahli iKON, B.I
Identiti individu A di dalam perbualan kontroversi bekas ketua grup iKON, Kim Han Bin atau lebih dikenali sebagai B.I akhirnya didedahkan…
Identiti individu A di dalam perbualan kontroversi bekas ketua grup iKON, Kim Han Bin atau lebih dikenali sebagai B.I akhirnya didedahkan.
Rupa-rupanya, individu tersebut adalah Han Seo Hee yang juga terlibat dalam skandal dadah T.O.P sebelum ini.
Dipercayai, dia ditangkap kerana melanggar Akta Kawalan Dadah pada tahun 2016 lalu menyebabkan telefon bimbitnya dirampas.
Ketika disoal siasat, Han Seo Hee juga mengaku bahawa dia menghantar dadah jenis LSD kepada B.I di hadapan rumah rapper itu namun menukar kembali kenyataannya selepas itu.
Awal hari ini, Han Seo Hee juga dikatakan menghantar petisyen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah & Hak Asasi menjurus kepada siasatan terhadap YG Entertainment dan juga kaitan antara kedua-dua isu tersebut.
Selain itu, Han Seo Hee juga masih berada dalam tempoh percubaan selama 4 tahun kerana isu dadah jenis Marijuana bersama dengan rapper Big Bang pada tahun 2017 lalu.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





