“Selama 23 Tahun, Saya Dedikasikan Hidup Saya…” – Tak Tahan Dipalit Skandal, Akthirnya Yang Hyun Suk Undur Diri Dari YG Entertainment
Tahun ini merupakan tahun yang sangat malang bagi YG Entertainment apabila satu persatu skandal melanda syarikat rakaman itu…
Tahun ini merupakan tahun yang sangat malang bagi YG Entertainment apabila satu persatu skandal melanda syarikat rakaman itu.
Bermula dengan isu bekas ahli Big Bang, Seungri yang terlibat dengan kes kelab malam Burning Sun dan kemudia didakwa kerana menggunakan khidmat pelacur. Kemudian dengan isu seorang lagi bekas artis rakamannya, yang terlibat dengan cubaan membeli dadah iaitu, B.I atau lebih dikenali sebagai Kim Han Bin.
Tidak cukup itu, ramai yang yang menandatangani petisyen supaya semua artis YG dikeluarkan daripada syarikat tersebut dek kerana skandal yang bertimpa-timpa itu.
Mungkin, had kesabaran beliau sudah sampai membuatkan dia akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi di web YG Entertainment mengenai berita pengundurannya itu.
“Ini adalah Yang Hyun Suk. Pertama sekali, saya meminta maaf kepada semua yang selama ini memnyokong artis-artis YG.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada semua pekerja di syarikat kerana meneruskan kerja masing-masing walaupun berdepan dengan kritikan hebat.
“Saya berdiam diri dan bersabar dalam keadaan ini terutamanaya ayat-ayat yang amat menghina dan memalukan diperkataka seolah-olah ia adalah perkara yang benar. Namun, saya tidak pasti sama ada saya boleh bertahan lagi.
“Saya tidak mahu semua artis dan orang di YG berdepan dengan situasi yang sukar ini disebabkan oleh saya.
“Selama 23 tahun saya dedikasikan hidup saya kepada syarikat ini, namun saya akan mengundurkan diri dari syarikat ini bermula hari ini.
“Masih ramai lagi orang-orang profesional di YG yang lebih hebat daripada saya. Saya yakin pengunduran saya ini adalah akan menjadi batu loncatan buat mereka.
“Harapan saya yang paling ikhlas adalah untuk melihat YG kembali stabil. Akhir sekali, saya berharap agar kebenaran akan terbukti selepas kesemua fakta dan bukti diperolehi sepanjang siasatan berjalan. Terima kasih.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






