Sejak Kecil Menjadi Mangsa Buli, Ini Kehidupan Goo Hara Yang Perlu Anda Tahu
Kematian bekas ahli KARA, Goo Hara pada 24 November 2019 sememangnya mengejutkan ramai…
Kematian bekas ahli KARA, Goo Hara pada 24 November 2019 sememangnya mengejutkan ramai.
Apatah lagi, idol berusia 28 tahun itu tidak lokek dengan senyuman walaupun ditimpa pelbagai masalah.
Tahukah korang yang Hara sebenarnya menjadi mangsa buli sejak kecil?
Berasal dari ibu bapa yang bercerai, Hara tinggal bersama neneknya namun kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Di sekokah, dia menjadi mangsa buli kerana kemiskinannya serta sering dipukul kerana kecantikannya.
“Saya dipukul sehingga hampir rasa nak mati,” dedah Hara dalam satu temubual.
Bila sudah mengecap populariti, ingatkan nasib malangnya berubah. Ternyata tanggapan itu salah.
Saat berkenalan dengan bekas teman lelakinya, Choi Jong Beom nyata membuatkan hidup Hara, bertambah perit.
Bukan sahaja dia dipukul oleh teman lelakinya malah diugut untuk menyebarkan video seks mereka kepada umum.
Terdapat juga video dimana Hara melutut di hadapan lelaki itu namun tidak diendahkan.
Tertekan dengan keadaan tersebut, Hara cuba membunuh diri pada Mei lalu namun berjaya diselamatkan.
Bagaimanapun, dengan kematian Sulli pada Oktober lalu, netizen kembali risau dengan keadaan Hara terutamanya apabila dia kelihatan sugul dengan pemergian rakan baiknya itu.
Apa yang ditakuti netizen akhir berlaku apabila polis sahkan Hara meninggal dunia di rumahnya.
Semoga, dia tidak lagi disakiti. Jalja Hara-ya.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



