“Rasa Depressed Bila Di Korea Selatan,” – Ini Pendedahan Goo Hara Kepada Rakan
Kematian mengejut Goo Hara masih lagi hangat diperkatakan terutama setelah pihak polis Gangnan mengeluarkan kenyataan baru bahawa tiada autopsi akan dilakukan…
Kematian mengejut Goo Hara masih lagi hangat diperkatakan terutama setelah pihak polis Gangnan mengeluarkan kenyataan baru bahawa tiada autopsi akan dilakukan.
Menurut sumber, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira testimoni daripada ahli keluarga serta bukti di tempat kejadian yang tidak menunjukkan unsur jenayah.
Sementara itu, majlis pengebumian idol berusia 28 tahun itu akan diadakan secara tertutup serta majlis ‘memorial’ buat peminat akan diadakan di tempat lain.
Sementara itu, media Jepun mendedahkan bahawa bekas ahli KARA itu mengakui sering berasa tertekan dan kemurungan apabila berada di Korea Selatan.
“Goo Hara sering berada di Jepun dan juga Korea Selatan atas urusan kerja. Dia mengaku kepada teman rapatnya bahawa sering merasa kemurungan apabila berada di Korea Selatan,” dedah sumber tersebut.
Untuk pengetahuan, KARA sangat popular di Jepun malah Goo Hara juga sibuk mempromosikan lagu barunya Midnight Queen di Jepun sebelum kembali seketika ke Korea Selatan sebelum tragedi tersebut berlaku.
Sumber: Allkpop & Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




