Penyanyi Ini Balas Balik Lepas Kena Kecam Sebab Buat Post Tentang Goo Hara & Sulli
Niat di hati cuma nak ucapkan ‘RIP’ buat dua idol iaitu mendiang Goo Hara dan Sulli, namun entah mana silapnya, kena kecam pula dengan K-netizen…
Niat di hati cuma nak ucapkan ‘RIP’ buat dua idol iaitu mendiang Goo Hara dan Sulli, namun entah mana silapnya, kena kecam pula dengan K-netizen.
Itulah yang menimpa penyanyi, Gilgun baru-baru ini.
“Korang, semoga korang bahagia di atas sana. Korang dah bersusah selama ini, sebagai seorang senior, seorang kakak dan seorang yang mendoakan anda, saya minta maaf,” tulisnya.
Namun, setelah menerima kritikan kerana postnya itu, Gilgun tidak berdiam diri dan mengedit kapsyen fotonya itu.
“Seorang manusia mati. Di usia yang muda. Tidakkan sepatutnya ada berasa ada sesuatu yang kurang? Anda tanya jika kami mengenali antara satu sama lain. Mereka adalah junior saya sejak debut, kami guna bilik studio untuk berlatih yang sama.
“Hari ini, saya rasa sedih sangat. Kepada mereka yang mengkritik saya di ruangan DM kerana mendoakan mereka (cara kristian) untuk berbahagia di atas sana dan mengutuk saya kerana menulis sedemikian, saya tidak tahu di mana mereka sekarang tapi tentu sekali tempat itu lebih baik daripada sini.
“Dan salahkan jika tidak tahu? Semua insiden ini sangat malang, tentu orang lain turut sama bersedih bersama saya,” tulisnya.
Terdahulu, Goo Hara ditemui tidak sedarkan diri di rumanya yang terletak di Cheongdam Dong sebelum disahkan mati oleh pihak polis sementara, Sulli ditemui di rumahnya, awal Oktober lalu dipercayai membunuh dirinya.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





