Woo Do Hwan & Moon Ga Young Sekali Lagi Digosipkan Bercinta. Banyak Kali Date Katanya!
Khabar angin mengatakan bahawa pelakon, Woo Do Hwan dan Moon Ga Young bercinta sekali lagi mendapat perhatian netizen…
Khabar angin mengatakan bahawa pelakon, Woo Do Hwan dan Moon Ga Young bercinta sekali lagi mendapat perhatian netizen.
Kali ini, siap ada yang tampil mengakui melihat pasangan yang pernah berlakon bersama dalam drama Tempted itu berdating di sekitar kawasan Sungdong-gu Geumho-dong.
Malah, sumber mengatakan bahawa mereka bukan sahaja berpegangan tangan dan kelihatan mesra malah Moon Ga Young juga kelihatan sangat selesa saat bersama ‘teman lelakinya’ itu.
“Moon Ga Young sering kelihatan selesa di kawasan kejiranan tersebut tanpa solekan. Selain itu, mereka juga sering dilihat membuang sampah bersama-sama,” kata sumber tersebut.
Bagaimanapun, label kedua-dua aktor tersebut iaitu Key East sudah mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut pada 27 November 2019.
“Mereka hanyalah teman rapat namun tidak bercinta,” tulis kenyataan tersebut.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






