“Selagi Anda Memanggil Saya, Saya Akan Sentiasa Berada Di Sini,” Ini Janji Daesung Buat VIP!
Setelah sekian lama tidak singgah di Malaysia, penantian peminat setia DAESUNG, vokalis tersohor kumpulan lagenda K-POP BIGBANG, akhirnya terubat!…

Setelah sekian lama tidak singgah di Malaysia, penantian peminat setia DAESUNG, vokalis tersohor kumpulan lagenda K-POP BIGBANG, akhirnya terubat! Kemunculan beliau, kali ini sebagai artis solo, melalui jelajah Asia “D’s WAVE” 2025 di Arena Stars, Resorts World Genting, bukan sekadar konsert beshe-beshe tapi ia adalah satu malam yang sarat emosi, diiringi sorakan terpaling kuat dari VIP (peminat Big Bang) dan janji setia yang menyentuh jiwa.

Suasana di Arena Stars sudahpun membuak dengan debaran dan keterujaan seawal sebelum tirai persembahan dibuka. Ketika pancaran laser menari indah di kegelapan dan visual LED memukau menerangi pentas, peminat mula menyanyikan lagu-lagu DAESUNG secara spontan, menambahkan lagi magis malam itu. Saat lagu pembukaan “Universe” berkumandang, ribuan suara bersatu dalam satu harmoni yang mengejutkan, malah berjaya menyentuh hati DAESUNG sendiri.
Jenaka Mesra dan Vokal Mengagumkan
DAESUNG sememangnya tahu bagaimana untuk mencuri hati penonton. Beliau mencuit hati para peminat dengan ungkapan Bahasa Melayu yang fasih seperti “Terima kasih! Dah makan? Memang mantap! Sayang kau orang! Jumpa nanti!” Kefasihannya membuatkan peminat terhibur, dahlah dia sempat curi-curi tengok skrip Bahasa Malaysia. Saat beliau menanggalkan jaket secara tiba-tiba pula nyata menghangatkan suasana, membuktikan personaliti DAESUNG yang sentiasa spontan dan mencuit hati.

Sambil tersenyum melihat sokongan tak berbelah bahagi daripada peminat, DAESUNG berseloroh, “Saya lupa nak cakap apa… patut saya terus menyanyi saja?” Jenaka bersahaja ini menjadi tema berulang sepanjang persembahan, menyerlahkan sisi lucunya yang amat disukai peminat.
Dari segi vokal, DAESUNG membuktikan kehebatan dan kemantapan suaranya. Beliau mendendangkan hampir 18 lagu tanpa banyak rehat, mempersembahkan nota-nota tinggi yang mengagumkan dengan persembahan yang sangat mantap. Antara kemuncak malam itu ialah duet maya bersama rapper Korea, Han Yo Han menerusi lagu “Last Girl (with Han Yo Han),” yang dihidupkan dengan visual LED yang menawan. Beliau turut mendendangkan lagu-lagu Jepun dan menunjukkan keprihatinan dengan menyediakan sari kata Bahasa Inggeris di skrin, menjamin semua peminat dapat memahami liriknya.
“Tak mengapa jika anda tidak faham liriknya. Muzik tiada sempadan. Jika anda dapat merasai emosi itu, itu sudah memadai,” katanya dengan nada mesra, menekankan bahawa muzik adalah bahasa universal.

Lautan Cahaya dan Luahan Hati
Suasana kehangatan terus dirasai sepanjang malam. Ketika lagu “Lights” dipersembahkan, ribuan peminat secara serentak menyalakan lampu telefon bimbit mereka, mencipta lautan cahaya yang memukau. Pemandangan indah ini benar-benar menghidupkan suasana seolah-olah mimpi menjadi kenyataan.
Di pertengahan konsert, selepas lima lagu bertenaga, DAESUNG sempat berseloroh, “Ada penterjemah tunggu di belakang pentas! Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris!” Beliau kemudian mengakui motivasinya ialah, “Sebab saya mahu bercakap dengan peminat semasa konsert.”

Kemudian, dalam satu segmen yang penuh emosi, DAESUNG membaca sepucuk surat tulisan tangan dalam Bahasa Korea, meluahkan rasa penghargaan yang tulus: “Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya. Kerana anda semua, saya dapat memulakan perjalanan baharu, melancarkan album saya, dan kembali ke pentas. Terima kasih kerana mempercayai saya.”
Encore dan Janji Terakhir
Sebagai tanda penghargaan istimewa semasa segmen encore, DAESUNG menghadiahkan peminat dengan gabungan lagu-lagu hit BIGBANG seperti “FANTASTIC BABY,” “BANG BANG BANG,” “WE LIKE 2 PARTY,” serta lagu solonya “Look At Me, Gwisun.” Sorakan yang tidak terhenti dari penonton membawa beliau kembali semula ke pentas untuk menyampaikan satu lagi lagu atas permintaan ramai, menunjukkan ikatan kuat antara DAESUNG dan peminatnya.
Di penghujung malam, DAESUNG memberikan penghormatan terakhir kepada peminatnya dengan ucapan perpisahan yang menyentuh hati: “Selagi anda memanggil saya, saya akan sentiasa berada di sini.” Sebuah janji yang pasti akan terus tersemat di hati setiap peminat.

Konsert DAESUNG di Malaysia ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi sebuah kejayaan gemilang yang menampilkan kehebatan vokalnya, emosi yang mendalam, dan kehangatan peribadi yang disulami dengan keikhlasan dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada para peminat. “D’s WAVE” membuktikan bahawa ia adalah satu ikatan luar biasa antara seorang artis dan para peminatnya.
DAESUNG “D’s WAVE” 2025 Asia Tour in Malaysia dianjurkan oleh I Am Trendsetter, dengan Dream Factory Entertainment selaku penganjur bersama.
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K