Ribuan Peminat Banjiri Pavilion KL, Lee Jong Suk & Mun Ka Young Teruja!
uasana di perkarangan pintu masuk ikonik Pavilion Kuala Lumpur gamat luar biasa apabila dibanjiri ribuan peminat K-drama…

Suasana di perkarangan pintu masuk ikonik Pavilion Kuala Lumpur gamat luar biasa apabila dibanjiri ribuan peminat K-drama yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu bintang pujaan mereka, Lee Jong Suk dan Mun Ka Young.
Kehadiran pasangan pelakon utama drama Law and The City itu adalah sempena siri jelajah Law and The City Star Tour, yang menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya hentian mereka di Asia Tenggara.

Acara gilang-gemilang yang dianjurkan oleh CJ ENM Hong Kong dan tvN ini turut mendapat sokongan padu daripada Lembaga Pelancongan Hong Kong, dengan Astro sebagai rakan media serta Pavilion KL dan DADI Cinema sebagai rakan kongsi lokasi.
Teruja Sambutan Hangat, “Patutnya Kami 5 Orang Datang” – Mun Ka Young
Buat pertama kalinya bergandingan untuk siri jelajah promosi di Malaysia, kedua-dua bintang ini kelihatan amat terkejut dan terharu dengan sambutan peminat yang begitu menggalakkan. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka sebaik sahaja melangkah ke karpet merah.
Mun Ka Young sempat meluahkan rasa terujanya dan berseloroh, seolah-olah menyesal tidak membawa rakan pelakon yang lain untuk menyaksikan sendiri kehangatan sokongan peminat di Malaysia.

“Melihatkan sambutan yang begitu hangat, patutnya kami berlima yang datang,” katanya sambil tersenyum, merujuk kepada barisan pelakon utama drama tersebut yang sepatutnya turut serta merasai pengalaman hebat itu.
Fan Service Mantap! Ramah Layan Peminat
Bukan sekadar lambai dari jauh! Baik Lee Jong Suk mahupun Mun Ka Young, kedua-duanya membuktikan mereka bintang yang berjiwa rakyat. Mereka berulang kali berhenti di sepanjang karpet merah untuk berinteraksi, menandatangani autograf, dan mengambil swafoto bersama peminat.

Sikap mereka yang sangat ramah dan tidak lokek dengan senyuman itu pastinya menjadi momen paling berharga buat para peminat yang sanggup menunggu kemunculan mereka seawal pagi lagi. Ternyata penat lelah mereka berbaloi!
Peminat Bertuah Dapat Main Game, Huntungnya!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah peminat siapa yang tahu! Selain sesi bertemu mesra, acara turut diserikan dengan “chemistry game” yang melibatkan dua orang peminat bertuah yang dipilih untuk naik ke pentas.
Bayangkan dapat bermain dan bergelak tawa bersama Lee Jong Suk dan Mun Ka Young di hadapan penonton lain! Konfem ramai yang jeles! Momen eksklusif itu pastinya akan dikenang seumur hidup. Kemeriahan diteruskan lagi dengan tayangan eksklusif episod akhir drama tersebut yang dihadiri oleh 260 peminat bertuah dan tetamu jemputan.

Populariti drama Law and The City di Malaysia memang tidak dapat disangkal lagi. Sejak tayangannya, ia kekal sebagai drama antarabangsa No.1 di Astro dan kejayaan siri jelajah ini melonjakkannya ke senarai Top 10 program TV paling banyak ditonton di Astro.
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...

CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!

Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K