Dong Woo Oppa Janji Nak Datang Lagi! – Gamat & ‘Sweet’ di Fan Con Jang Dong Woo in Malaysia!
Peminat K-Pop tanah air, terutamanya INSPIRIT (nama kelab peminat rasmi kumpulan INFINITE), semalam dibuai dengan malam yang penuh kenangan manis bersama rapper dan penari utama INFINITE, Jang Dong Woo…

Peminat K-Pop tanah air, terutamanya INSPIRIT (nama kelab peminat rasmi kumpulan INFINITE), semalam dibuai dengan malam yang penuh kenangan manis bersama rapper dan penari utama INFINITE, Jang Dong Woo! Bertempat di Zepp, Kuala Lumpur, acara ‘Jang Dong Woo Fan Con in Malaysia’ yang bermula pada jam 8 malam itu sememangnya gamat dan meriah.

Sebelum Dong Woo muncul, dewan sudah pun bergema dengan sorakan dan laungan nama ‘Jang Dong Woo’ berulang kali oleh para peminat yang jelas tidak sabar untuk bertemu dengan idola kesayangan mereka. Dan penantian mereka ternyata berbaloi!
Tenaga Luar Biasa Sejak Mula!
Sebaik sahaja kelibatnya muncul di atas pentas, Dong Woo terus menghangatkan suasana dengan persembahan bertenaga menerusi lagu popularnya, “TGIF” dan “Romeo”. Sorakan peminat yang membingitkan dewan jelas membuktikan betapa mereka merindui persembahan live daripada Dong Woo. Memang power habis!

Sesi ‘Makan-Makan’ & Tuah Peminat
Salah satu segmen yang paling menarik perhatian adalah apabila Dong Woo berkongsi pengalamannya mencuba pelbagai juadah tempatan sepanjang berada di Kuala Lumpur. Siapa sangka, oppa kita ini rupa-rupanya seorang foodie! Dia tanpa segan silu mengakui sangat menyukai sate. Selain itu, dia juga telah mencuba kari ayam dan beberapa makanan lain.
Paling melucukan, Dong Woo turut berkongsi pengalamannya memakan durian. Katanya, durian yang dimakannya itu mungkin tidak berapa masak. Namun, apa yang lebih menarik perhatiannya adalah cara peniaga di sini membuka buah durian, yang disifatkannya sebagai sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain. Ada-ada sahaja Dong Woo ni!

Acara turut diserikan dengan sesi permainan di mana peminat perlu meneka pilihan oppa. Seramai dua orang peminat bertuah telah menang dan membawa pulang poster yang ditandatangani sendiri oleh Dong Woo. Bertuah betul badan!
Tapi paling best bila Dong Woo dari atas pentas tanya nama dorang dan semua fans lain turut sama membantu bagitahu nama mereka. Respect!
Belajar Bahasa Melayu & Janji Manis Dong Woo
Keletah Dong Woo yang teruja untuk belajar Bahasa Melayu turut mencuit hati para peminat. Dengan bantuan penterjemah, suasana menjadi lebih gamat apabila Dong Woo cuba untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Dia berulang kali menyatakan betapa gembiranya dia berada di sini dan berjanji untuk kembali lagi ke Malaysia. Siap bagi ‘hint’ mungkin akan bawa ahli INFINITE yang lain sekali! INSPIRIT, dah boleh mula menabung dari sekarang!

Bercakap mengenai perancangan masa depan, Dong Woo turut berkongsi berita gembira bahawa dia bakal muncul dengan album baharu pada bulan November nanti. Ini seakan-akan menguatkan lagi janjinya untuk kembali bertemu peminat di Malaysia. Kami akan tunggu, oppa!
Tidak lupa juga, barisan penari yang mengiringi persembahan Dong Woo turut mencuri tumpuan. Semuanya kacak-kacak belaka, memang sedap mata memandang!
‘Fan-Service’ Tahap Maksima!
Kemuncak kemesraan Dong Woo bersama peminat terserlah semasa sesi bergambar. Peminat dengan beraninya meminta Dong Woo untuk menggunakan telefon bimbitnya sendiri untuk mengambil gambar selfie bersama mereka, dan Dong Woo tanpa teragak-agak menunaikan permintaan tersebut. Memang terbaiklah!

Pada lagu terakhir, Dong Woo memberikan tiga kuntum bunga ros kepada peminat bertuah. Bukan itu sahaja, botol air dan tuala yang berada di atas pentas turut menjadi ‘hadiah’ istimewa buat peminat. Segala-galanya diberikan kepada peminat sebagai tanda penghargaan. Servis untuk peminat memang ‘mantop’ dan tidak dapat dinafikan!
Secara keseluruhannya, semua yang hadir pulang dengan senyuman dan hati yang puas. Malam bersama Jang Dong Woo sememangnya satu malam yang akan terpahat dalam memori. Jumpa lagi, Dong Woo oppa!
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K