Konsert Ulang Tahun Pertama KLP48 “BLOOM” Memang Gempak Habis! Zepp KL Bergema dengan Sorakan Peminat!
Fuh, siapa yang pergi konsert ulang tahun pertama KLP48, “〜BLOOM〜” Sabtu lepas mesti tak boleh move on lagi kan?…

Fuh, siapa yang pergi konsert ulang tahun pertama KLP48, “〜BLOOM〜” Sabtu lepas mesti tak boleh move on lagi kan? Pada 17 Ogos 2025, Zepp Kuala Lumpur memang betul-betul ‘meletup’ dengan lautan light stick dan sorakan padu dari hampir 2,000 peminat yang datang untuk raikan idola kesayangan mereka!
Konsert dengan tema “mekar” (Bloom) ni memang kena sangat dengan perjalanan KLP48. Setahun jagung, tapi macam-macam dah mereka lalui. Malam tu bukan sekadar konsert, tapi macam satu gathering besar antara KLP48 dengan peminat-peminat setia mereka. Memang best!

Pentas Makin Havoc dengan Artis Jemputan!
Sebelum KLP48 gegarkan pentas, kita dihidangkan dengan persembahan pembukaan yang bukan kaleng-kaleng! Kumpulan girl power tempatan, COËX, panaskan suasana dengan lagu catchy mereka, “Like Jennie” dan “Just Another Friend”. Tak lama lepas tu, Ismail Izzani pula muncul buat ramai cair dengan lagu-lagu hits dia macam “Bidadari” dan “Luar Biasa”. Memang layan habis!

Tapi, kejutan paling epik malam tu mestilah bila kakak-kakak dari seberang, JKT48, buat special appearance! Dengan gaun comel warna-warni, 12 ahli JKT48 terus menawan hati semua dengan lagu-lagu popular macam “#Sangat Suka” dan “Ponytail to Shu Shu”. Tarian mereka yang energetik tu memang buat satu dewan rasa nak menari sekali!

Air Mata dan Sorakan Bergabung Bila KLP48 Muncul!
Bila tiba giliran tuan rumah, KLP48, dewan terus bergegar! Mereka mulakan dengan lagu “Oh My Pumpkin!” dan terus buat peminat histeria dengan “Aitakatta” dan “Melon Juice”. Light stick di tangan peminat bertukar jadi tsunami warna-warni, memang cantik gila!
Malam tu jadi lagi special dan emosional bila Lucine kembali ke pentas selepas berehat panjang. Inilah kali pertama kita dapat tengok kesemua 13 ahli KLP48 beraksi lengkap! Masa mereka nyanyi lagu “Shonichi” dan “Namida Surprise”, confirm ramai yang standby tisu. Sebak weh!

Lagi bertambah syahdu bila video perjalanan setahun KLP48 ditayangkan. Dari zero ke hero, semua momen pahit manis ada. Ahli KLP48 pun sempat kongsi perasaan mereka:
“Perjalanan ni memang tak senang, tapi sebab ada korang semua, kami kuat. Ada air mata, ada peluh, tapi paling banyak sekali adalah gelak tawa dan memori indah. Kami janji akan terus bagi senyuman dan semangat untuk korang semua!”
Serius, masa ni sorakan “KLP48!” dari peminat memang kuat gila, rasa macam satu keluarga besar!
Penutup Epik & Janji Untuk Terus Mekar!
Momentum terus on point dengan lagu-lagu best macam “Heavy Rotation” dan “High Tension”. Dan untuk penutup yang memang tak akan dilupakan, KLP48 dan JKT48 bergabung tenaga di atas pentas untuk nyanyi lagu “Oh My Pumpkin!” sama-sama. Bayangkan lebih 20 idola atas satu pentas, memang momen bersejarah!

Konsert “〜BLOOM〜” ni bukan sekadar penamat untuk tahun pertama mereka, tapi satu permulaan baru. Macam yang KLP48 sendiri cakap:
“Malam ni bukan the end, tapi chapter baru untuk tahun kedua kami. KLP48 akan terus berjuang, jom jalan sama-sama dengan kami!”
Jadi, kepada semua peminat KLP48, get ready! Perjalanan idola kesayangan kita ni baru je bermula. Jom kita terus sokong mereka sampai puncak! Ganbatte, KLP48!

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K