Bila Baekhyun Jadi ‘Cikgu Vokal’ & Merries Pula ‘Redeem’ Diri, Memang Kecoh!
Hampir tujuh tahun menanti kembalinya Baekhyun ke pentas Malaysia, akhirnya penantian tersebut berakhir apabila dia kembali menggegarkan pentas tanah air untuk 2025 BAEKHYUN WORLD TOUR in KUALA LUMPUR!..

Hampir tujuh tahun menanti kembalinya Baekhyun ke pentas Malaysia, akhirnya penantian tersebut berakhir apabila dia kembali menggegarkan pentas tanah air untuk 2025 BAEKHYUN WORLD TOUR <Reverie> in KUALA LUMPUR!

Bertempat di Idea Live Arena, lautan peminat yang mesra disapa Eris atau Merries (Malaysian Eris) hadir membanjiri lokasi dengan tema pakaian ungu dan merah jambu. Dari raut wajah setiap yang hadir, jelas kelihatan semua sudah bersedia untuk menunjukkan kepada Baekhyun betapa mereka merindui penyanyi lagu “Candy” itu.
Berikut merupakan antara perkara menarik yang sempat kami rangkumkan sepanjang konsert Baekhyun di Malaysia.

Konsert yang bermula tepat jam 8 malam itu dibuka dengan penuh bergaya apabila Baekhyun muncul dengan persalinan serba hitam. Suasana terus bertukar hangat apabila dia memulakan persembahan dengan lagu-lagu seksinya seperti “Ghost”, “Bambi”, dan “UN Village”. Fuh, hot betul ya! Walaupun dikenali sebagai salah seorang vokalis utama dalam kumpulannya, EXO, kemahiran menari Baekhyun juga tidak boleh dipandang enteng. Semasa segmen lagu-lagu bergenre sensual ini, memang tidak berkelip mata penonton dibuatnya.
Di pertengahan konsert, Baekhyun sempat meluangkan masa berinteraksi dengan peminat dan memohon maaf kerana tidak dapat singgah ke Malaysia untuk konsert tahun lalu. Namun, Merries semua faham, mungkin kerana konsert tersebut jatuh pada bulan puasa. Baekhyun kelihatan sangat terkejut dan gembira dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh Merries. Senyuman di wajahnya jelas menunjukkan betapa dia menghargai sokongan padu peminat di sini.

Selepas segmen yang ‘panas’, Baekhyun kembali ke pentas dengan imej yang sangat comel. Katanya, dia tidak tahu warna kegemaran Merries, jadi dia putuskan untuk memakai semua warna yang ada pada pakaiannya! Suasana terus gamat apabila lagu “Candy” berkumandang, dan sudah tentu semua peminat menjerit dan menyanyi bersama.
Ada satu insiden lucu semasa lagu “Elevator”. Baekhyun sempat mengejek Merries apabila mereka tidak dapat mencapai nada tinggi lagu tersebut. Namun, dia cepat-cepat memujuk dan berkata dia faham, mungkin tekak Merries semua sudah sakit kerana menjerit terlalu kuat dari awal konsert. Tidak mahu mengalah, Merries ‘menebus’ kembali kesilapan mereka pada bahagian nyanyian seterusnya dan membuatkan Baekhyun begitu kagum sehingga memberikan isyarat thumbs up!

Satu lagi momen yang tidak dapat dilupakan adalah apabila Merries tanpa henti memanggilnya “comel”. Baekhyun dengan nada bergurau membalas, “Saya tak comel lah, saya cool!” Bayangkan, di usia 33 tahun pun masih dipanggil comel, memang awet muda betul!
Projek kipas yang dirancang oleh Merries juga berjaya menyentuh hati Baekhyun. Wajahnya kelihatan sangat terharu dengan limpahan kasih sayang yang ditunjukkan. Dia sekali lagi berulang kali memohon maaf kerana tidak dapat datang tahun lepas dan mengambil masa yang begitu lama untuk kembali ke Malaysia.

Semasa segmen encore, Baekhyun benar-benar memanjakan peminatnya dengan menyanyikan lagu-lagu permintaan Merries. Ini menyebabkan sesi encore menjadi lebih lama daripada yang dijangka – memang servis peminat yang terbaik!
Apa-apapun, kami pasti semua yang hadir malam itu pulang dengan senyuman puas. Buka sahaja TikTok, penuh FYP dengan video-video yang menunjukkan betapa berbaloinya penantian selama tujuh tahun untuk bertemu semula dengan Baekhyun. Semoga kita berjumpa lagi, Byun Baekhyun!

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K