Doh Kyung Soo ‘DO it!’ di Malaysia: Malam Penuh Magis, Laksa & Cinta Untuk Dandanies!
Doh Kyung Soo atau lebih mesra disapa D.O. kembali ke pentas yang sama pada 30 Ogos 2025 untuk konsert solo yang dinanti-nantikan, ‘DO it!’ Asia Concert Tour…

Setahun selepas gegaran terakhirnya di Axiata Arena, Doh Kyung Soo atau lebih mesra disapa D.O. kembali ke pentas yang sama pada 30 Ogos 2025 untuk konsert solo yang dinanti-nantikan, ‘DO it!’ Asia Concert Tour. Sekali lagi, Dandanies (nama fandom solo D.O.) Malaysia membuktikan kesetiaan mereka, membanjiri arena dengan lautan pakaian putih berona hijau, satu pemandangan yang terus disedari dan dipuji oleh Kyung Soo sendiri.

Tenaga Berbeza, Janji Ditepati
Malam bermula dengan alunan merdu lagu ‘Do You Remember?’ dan ‘Nobody Knows It’ dari album penuh pertamanya, BLISS. Peminat yang hadir tahun lalu pasti dapat merasakan perbezaan ketara. Kyung Soo berjanji untuk membawakan lebih banyak lagu yang hype, dan janji itu ditepatinya!
Selepas membuai perasaan penonton dengan persembahan penuh jiwa seperti ‘Mars’, ‘Simple Joys’, dan ‘I’m Gonna Love You’, suasana terus bertukar menjadi pesta. Kyung Soo tiba-tiba meminta semua untuk berdiri dan menjeritkan fanchant untuk lagu ‘Popcorn’. Tanpa henti, arena terus bergegar dengan lagu ‘5 Minutes’ dan ‘Sing Along!’, mengubah Axiata Arena menjadi sebuah dewan karaoke gergasi. Jelas sekali, Dandanies sudah bersedia untuk menari, melompat, dan menyanyi sekuat hati bersama idola mereka.

Kejutan Epik: Rindu EXO Terubat!
Di pertengahan konsert, lampu dimalapkan untuk satu kejutan yang paling tidak disangka. Lirik lagu-lagu keramat EXO seperti ‘First Snow’, ‘Don’t Go’, dan ‘Growl’ terpapar di skrin LED, menjemput seluruh stadium untuk menyanyi bersama. Ketika bahang nostalgia memuncak, Kyung Soo muncul semula di pentas dan menyanyikan lagu ‘Love Me Right’ dan ‘Peter Pan’ secara langsung!
Jeritan dan sorakan fanchant dari EXO-L dan Dandanies yang bersatu bergema memecah kesunyian, membuktikan betapa mendalamnya rindu mereka terhadap EXO sebagai sebuah kumpulan. Momen ini pastinya menjadi kenangan terindah buat semua yang hadir.
Raja Mukbang Minta Fanchant Untuk Laksa!
Selain vokalnya yang memukau, Kyung Soo juga menceriakan malam dengan telatahnya yang comel dan lucu. Beliau cuba menawan hati peminat dengan beberapa patah perkataan dalam Bahasa Melayu seperti “Korang sabar-sabar,” “Leklu,” “Jom,” “Terima Kasih,” dan pujian paling padu, “Korang mantap!”
Namun, momen paling lawak adalah apabila beliau meminta fanchant bukan untuk lagunya, tetapi untuk makanan! Sambil tersenyum, Kyung Soo berkongsi, “Hari ni saya dah makan sate dan nasi goreng, tapi belum sempat cuba laksa lagi. Cakap pasal makanan terus rasa lapar. Saya akan makan laksa lepas konsert, jadi jom kita makan laksa sama-sama nanti!”
Gelagatnya yang bersahaja ini mengesahkan statusnya sebagai ‘raja mukbang’ di hati peminat.

Persembahan Penuh Jiwa Dengan Live Band
Salah satu elemen paling istimewa dalam konsert jelajah kali ini adalah iringan muzik daripada live band. Gabungan vokal Kyung Soo yang kaya dan merdu dengan alunan instrumen secara langsung benar-benar menaikkan kualiti setiap lagu ke tahap yang lebih tinggi. Walaupun beliau merendah diri dengan mengatakan suaranya tidak berada dalam keadaan terbaik semasa rehearsal, peminat sama sekali tidak bersetuju. Persembahannya sempurna tanpa cela sepanjang malam!
Ketika sesi nyanyian bersama peminat pun, live band turut mengiringi mereka, menjadikan setiap detik terasa lebih hidup dan istimewa.
Menjelang penghujung, Dandanies menghadiahkan Kyung Soo sebuah montaj video istimewa yang memaparkan aneka juadah tempatan dan mercu tanda ikonik Kuala Lumpur. Mata Kyung Soo bersinar melihatnya. “Ada makanan yang saya tak pernah nampak. Lain kali saya datang, saya mesti cuba,” katanya teruja.

Malam gemilang itu diakhiri dengan persembahan lagu ‘Rose’ dan satu lagi pusingan ‘Sing Along!’ yang meninggalkan semua penonton dengan senyuman lebar, suara yang serak, dan hati yang penuh kegembiraan. Konsert Doh Kyung Soo ‘DO it!’ 2025 di Malaysia sekali lagi membuktikan mengapa seninya terus dihargai – gabungan vokal mantap, humor, keikhlasan, dan cinta yang tidak berbelah bahagi untuk peminatnya.
Kami berharap Kyung Soo akan kembali ke Malaysia setiap tahun, membawa lagu-lagu baru, cerita baru, dan mungkin juga drama atau filem baru!
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada UnUsUaL Entertainment, HS Entertainment, dan Altus Prohouse atas jemputan ini.
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K