Konsert Solo Jung Yong Hwa di KL Memang “Mantap”! Tiga Kali Encore & Siap Ada Kejutan Dari Park Bo Gum?!
Buat kali pertamanya, frontman kumpulan CNBLUE, Jung Yong Hwa, mengadakan konsert solo sulungnya di Malaysia…

Kalau anda ada di Mega Star Arena pada 14 September lalu, pasti anda setuju yang malam itu memang magis! Buat kali pertamanya, frontman kumpulan CNBLUE, Jung Yong Hwa, mengadakan konsert solo sulungnya di Malaysia, 2025 JUNG YONG HWA LIVE ‘Director’s Cut: Our Fine Days’, dan ia ternyata sebuah malam yang sukar untuk dilupakan.
Dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment, konsert ini berjaya menarik kira-kira 2,000 BOICE (nama kelab peminat CNBLUE) yang jelas sekali sudah lama merindui pesona Oppa kesayangan mereka ini. Sejak dari awal lagi, Yong Hwa sudah pandai memikat hati. Bayangkan, beliau memulakan persembahan dengan berjalan dari arah penonton menuju ke pentas, tampil segak berkaca mata dan sut kemas. Memang gaya seorang bintang!

Sambil mendendangkan lagu-lagu hits seperti “One Fine Day” dan “Your City”, Yong Hwa terus menyapa peminat dengan ayat yang buat semua cair, “Apa khabar sayang?” Suasana yang sudah panas di Kuala Lumpur terasa semakin hangat dengan sorakan peminat!
Fan Service Level Dewa, Siap Nyanyi Lagu Puaka!
Kalau cakap pasal fan service, Yong Hwa memang juaranya! Beliau bukan sahaja melayan kerenah peminat, malah turut menyanyikan lagu ‘berhantu’ yang menjadi permintaan ramai, “Because I Miss You”. Apa lagi, satu dewan bergema apabila semua BOICE turut menyanyi bersama. Momen itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan betapa istimewanya hubungan antara Yong Hwa dan peminatnya di Malaysia.

Yong Hwa sendiri mengakui yang Kuala Lumpur adalah hentian paling best dalam jelajahnya kali ini. Tenaganya di atas pentas memang luar biasa! Beliau sentiasa tersenyum, menari, dan berinteraksi dengan peminat, membuatkan semua orang rasa dihargai.
Flex Kawan Baik & Belajar Bahasa Melayu Baru
Konsert ini juga ada kejutan istimewa. Yong Hwa dengan bangganya berkongsi cerita bahawa rakan karibnya, pelakon terkenal Park Bo Gum, singgah untuk berjumpa dengannya di belakang pentas dua jam sebelum konsert bermula! Sempatlah Yong Hwa flex sikit yang member datang bagi sokongan.
Bukan itu sahaja, Yong Hwa juga nampaknya semakin fasih dengan Bahasa Melayu. Kalau tahun lepas beliau belajar beberapa perkataan, kali ini koleksinya bertambah! Perkataan seperti “Mantap” dan “Bagus” tidak lekang dari bibirnya. Beliau juga sempat belajar ayat baru malam itu iaitu, “Jerit semuaaaaa!” yang terus disambut dengan sorakan padu dari penonton. Memang sporting betul!

Tiga Kali Encore & Janji Untuk Kembali
Paling epik sudah tentulah bahagian encore. Selepas mengucapkan selamat tinggal, peminat enggan berganjak dan terus melaungkan namanya. Hasilnya? Yong Hwa dan live band keluar semula ke pentas bukan sekali, bukan dua kali, tetapi TIGA KALI! Beliau siap turun ke rock zone untuk beramah mesra dan menunjukkan skil bermain dram. Memang puas hati!
Konsert yang berlangsung selama lebih tiga jam itu berakhir dengan satu janji yang dinanti-nantikan. Yong Hwa berjanji akan kembali lagi ke Kuala Lumpur. Mungkin kali ini bersama ahli CNBLUE yang lain? Sama-sama kita nantikan!

Malam itu bukan sekadar sebuah konsert, tetapi satu perayaan cinta antara seorang artis dan peminatnya. Jung Yong Hwa sudah membuktikan kenapa beliau kekal relevan dan disayangi sehingga kini. Jumpa lagi, Oppa!
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K