Irene & Seulgi Pukau ReVeluv KL & Bagi ‘Hint’ Paling Best: Red Velvet OT5 Pula Lepas Ni?
Wei, ReVeluv Malaysia! Penantian kita selama lapan tahun tu akhirnya berbaloi, kan?…

Wei, ReVeluv Malaysia! Penantian kita selama lapan tahun tu akhirnya berbaloi, kan? Kali terakhir kita nampak Irene dan Seulgi atas pentas Malaysia masa tahun 2016, itu pun dengan Red Velvet. Jadi, bila duo ikonik ni umumkan konsert [Balance] mereka di KL, memang sah lah satu dewan bakal ‘pecah’! Dan ya, malam tu memang epik gila!
Sejak lampu dewan dipadamkan, aura dia dah lain macam. Irene & Seulgi terus ‘sajikan’ persembahan padu dengan tiga lagu pembukaan – “Tilt”, diikuti dengan “Feels Good” yang slick habis, dan “Trampoline” yang catchy. Tak payah cakaplah, satu dewan terus bergegar dengan jeritan peminat! Dari awal lagi dah nampak, the queens are here to slay!

Momen Nostalgia & Pentas Solo Yang Memukau
Masa sesi ment pertama, terus cair hati semua orang bila mereka bagi salam dengan ayat keramat tu, “Happiness, we’re Red Velvet!” Sumpah, dengar ayat tu secara live lepas lapan tahun rasa macam lepas rindu betul!
Malam tu memang ‘Balance habis. Ada persembahan berdua, ada juga pentas solo yang buat semua terpukau. Masa Seulgi ambil alih pentas, satu dewan bertukar jadi lautan kuning yang cantik gila hasil projek khas peminat. Bila giliran Irene pula, dewan disinari dengan lautan lampu merah jambu. Memang momen yang takkan dilupakan!
Eh, kita dah sentuh pasal persembahan “Be Natural” belum? Ya Tuhan, bila muzik ikonik tu je berkumandang, rasanya itulah sorakan paling kuat malam tu. Memang legend!

Kisah Comel Irene Dengan Malaysia & Pasal Durian!
Sesi ment mereka memang penuh dengan momen yang best. Irene kongsi satu cerita yang buat semua rasa tersentuh. Rupa-rupanya, Malaysia ni istimewa di hati dia sebab 19 tahun lepas, masa dia masih trainee, kawan sebilik dia orang Malaysia! Comel gila, dia siap cuba hubungi kawan dia tu untuk jumpa semula, tapi sayangnya kawan dia pula tengah bercuti.
Yang paling tak boleh blah, Irene buktikan dia memang ‘sekepala’ dengan kita bila dia cakap dia suka makan durian. Bukan setakat suka, dia siap sebut Musang King dengan Black Thorn kot! Memang Ratu yang tahu mana satu durian paling ‘padu’!
Masa lagu ‘Monster‘ keluar, memang semua terus jerit ‘kaw-kaw’, akhirnya, dapat jugak siapa yang hadir tu tengok performance lagu ‘Monster‘ LIVE, tak berkelip rasanya!

Pesta Red Velvet Yang Kita Semua Rindu!
Irene dan Seulgi tahu sangat betapa ReVeluv rindu dengan Red Velvet. Jadi, mereka hadiahkan satu segmen khas dengan lagu-lagu OT5! Sebaik sahaja lagu “Red Flavor”, “Zimzalabim”, dan “Power Up” dimainkan, memang takde siapa duduk dah. Satu dewan terus berdiri, menari dan menyanyi sama-sama. Fanchant jangan cakaplah, memang lantang habis! Rasa macam tengah berpesta!
Servis peminat mereka malam tu memang tip-top. Mereka sentiasa cuba berinteraksi dengan ReVeluv, siap turun dari pentas lagi untuk jadi lebih dekat dengan peminat. Memang terasa dihargai sangat.
Bila konsert hampir tamat, mereka lafazkan satu janji yang kita semua nanti-nantikan: janji untuk datang lagi ke Malaysia, dan kali ni… mungkin dengan ahli Red Velvet yang lain? Amin!
Selepas satu malam yang penuh dengan persembahan mantap, cerita-cerita manis, dan tenaga yang tak henti-henti, satu je benda yang pasti, penantian lapan tahun kita memang seribu kali berbaloi. Cepat datang lagi ya! Kami tunggu!

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...

CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!

Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K