B.I Gegarkan Mega Star Arena: Malam Penuh Tenaga dan Emosi di The Last Parade Tour Kuala Lumpur
Penantian para ID Malaysia (nama fandom untuk B.I) akhirnya terbalas apabila artis kesayangan mereka, B.I, menggegarkan pentas Mega Star Arena pada Ahad malam…

Penantian para ID Malaysia (nama fandom untuk B.I) akhirnya terbalas apabila artis kesayangan mereka, B.I, menggegarkan pentas Mega Star Arena pada Ahad malam. Konsert yang dinanti-nantikan, 2025 B.I TOUR: THE LAST PARADE TOUR IN KUALA LUMPUR, meninggalkan seribu satu kenangan manis buat peminat yang hadir dengan semangat yang luar biasa.

Tepat jam 7 malam, sorakan gemuruh memenuhi dewan apabila B.I, atau nama sebenarnya Kim Hanbin, muncul dengan penuh gaya. Membuka persembahan dengan tiga lagu bertenaga iaitu ‘Parade’, ‘Cosmos’, dan ‘Free Fall’, B.I berjaya membakar semangat penonton dari minit pertama. Tenaga yang diberikan oleh ID Malaysia tidak kurang hebatnya. Dengan lautan manusia yang berpakaian serba merah jambu dan putih, alunan sing-along dan fan-chant mereka bergema dengan begitu padu dan tersusun, membuktikan betapa bersedianya mereka untuk malam ini.
Interaksi Mesra dan Usikan “Pakcik Bawang”
Salah satu perkara yang membuatkan konsert B.I begitu istimewa adalah interaksinya yang mesra dengan peminat. Sejurus memperkenalkan diri, beliau menyapa penonton dengan fasih, “Apa khabar, saya B.I,” yang disambut dengan sorakan peminat. Beliau tidak kekok untuk cuba berbual dan berinteraksi, membuatkan para ID merasa sangat dihargai. Rasa macam tengah borak dengan member.

Suasana menjadi lebih gamat apabila B.I bertukar menjadi “pakcik bawang” yang menghiburkan. Beliau bertanya siapa yang pertama kali hadir ke konsertnya, dan ramai yang mengangkat tangan. Namun, perhatiannya tertumpu kepada sepasang peminat lelaki dan perempuan. Dengan nada mengusik, beliau bertanya sama ada mereka pasangan kekasih. Apabila mereka menafikannya, B.I dengan selamba bertanya, “Bolehkah lelaki dan perempuan jadi hanya kawan?” Usikan spontan itu mencetuskan tawa besar di seluruh arena. Ada yang kata ‘Ya’, ada yang kata ‘Tak’, korang team yang mana?
Persembahan Mantap dan Ujian Vokal Mengejut
Sudah tentu, sebuah konsert tidak akan lengkap tanpa persembahan lagu-lagu popular. B.I membuai perasaan penonton dengan lagu-lagu hits seperti ‘BTBT’, ‘Illa Illa’, dan ‘Tasty’. Min sendiri tidak dapat menahan diri daripada turut bersorak lebih kuat apabila lagu kegemaran peribadi, ‘One and Only’, mula dimainkan.

Satu momen lucu yang tidak akan dilupakan adalah semasa lagu ‘Ferris Wheel’. B.I secara tiba-tiba menguji nyanyian para ID. Mungkin kerana terlalu gugup, terdapat sedikit kesilapan sebutan. Dengan pantas B.I tak dapat tahan ketawa, tetapi mujurlah beliau memberi peluang kedua. Tanpa mensia-siakan peluang tersebut, ID Malaysia berjaya membuktikan kemampuan mereka menyanyikan lagu Korea dengan sempurna! B.I pun senyum puas hati tau!
Kejutan Istimewa Untuk ID Malaysia
B.I turut menghadiahkan beberapa kejutan istimewa buat peminat di Kuala Lumpur. Beliau memperdengarkan beberapa buah lagu yang belum pernah dikeluarkan secara rasmi. Antaranya, lagu berjudul ‘Mambo’ kedengaran sangat catchy dan mendapat reaksi positif daripada penonton.
Lebih membanggakan, B.I muncul di pentas sambil membawa wau bulan dan mengibarkan bendera Malaysia. Tindakan ini menunjukkan penghargaan beliau terhadap budaya tempatan dan pastinya membuatkan peminat di sini lebih jatuh hati. Rasanya B.I dah boleh berpindah dan menetap di Malaysia!

Penutup Yang Memuaskan
Bukan konsert B.I namanya jika tiada double encore. Beliau kembali ke pentas untuk beberapa lagu tambahan dan turut turun dari pentas untuk berada lebih dekat dengan peminat, memberikan pengalaman yang sukar dilupakan.
Walaupun B.I kelihatan sedikit keletihan, berkemungkinan kerana konsertnya di Singapura pada malam sebelumnya, beliau tetap memberikan persembahan yang terbaik sehingga ke penghujungnya. Secara keseluruhannya, malam itu adalah sebuah malam yang sangat memuaskan hati.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, Lo-Fi Entertainment, kerana berjaya membawa B.I ke Malaysia. Semoga ini bukanlah kali terakhir dan kita dapat bertemu lagi dengan Kim Hanbin pada masa akan datang!
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K