82MAJOR Gegarkan Kuala Lumpur: Dari Batu Caves Ke Hujan Meteor, Semuanya ‘Havoc’!
Rasa-rasanya fans grup K-Pop, 82MAJOR, masih belum ‘move on’ daripada konsert sulung mereka yang berlangsung dengan cukup meriah di Idea Live Arena, Sabtu lalu…

Rasa-rasanya fans grup K-Pop, 82MAJOR, masih belum ‘move on’ daripada konsert sulung mereka yang berlangsung dengan cukup meriah di Idea Live Arena, Sabtu lalu. Malam yang disifatkan sebagai sebuah ‘roller coaster’ emosi itu bukan sahaja menunjukkan persembahan yang peruh bertenaga, tetapi juga disulami dengan pelbagai momen manis dan kejutan yang pastinya akan terpahat dalam ingatan para 82DE (nama fandom rasmi 82MAJOR).

Sejak awal lagi, kehangatan sudah mula terasa apabila keenam-enam ahli kumpulan – Nam Seongmo, Park Seokjoon, Yoon Yechan, Cho Seongil, Hwang Seongbin, dan Kim Dogyun – membuka tirai dengan persembahan yang mantap. Namun, apa yang lebih mencuit hati peminat adalah celoteh mereka di antara persembahan.
Mengimbau kembali kunjungan mereka ke Malaysia sebelum ini (fan-meeting tahun lalu), 82MAJOR berkongsi pengalaman melawat salah satu lokasi ikonik negara, Batu Caves. Hwang Seongbin dengan nada comel meluahkan rasa sedihnya kerana pada mulanya menyangka tidak akan berpeluang untuk melihat monyet di sana. “Saya ingat tak dapat tengok monyet, tapi akhirnya dapat juga!” katanya yang disambut dengan sorakan gemuruh peminat. Pengalaman itu nampaknya begitu berbekas di hati mereka sehinggakan mereka berjanji akan kembali lagi ke Malaysia. Janji ditepati!

Bukan itu sahaja, kumpulan ini juga berusaha keras untuk menawan hati peminat tempatan dengan cubaan bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaupun hanya ungkapan-ungkapan asas seperti “Apa khabar?”, “Terima kasih,” dan “Jumpa lagi” yang diselitkan sepanjang konsert, usaha mereka itu sudah cukup untuk membuat 82DE histeria.
Kejutan Hujan Meteor & Perang Unit yang Sengit
Malam itu diteruskan lagi dengan sebuah kejutan istimewa apabila 82MAJOR mendendangkan lagu balada popular dari runut bunyi drama Taiwan, “Meteor Garden,” iaitu “Meteor Rain”. Suasana dewan serta-merta bertukar menjadi romantis dengan lautan cahaya lampu telefon bimbit daripada para peminat yang turut sama menyanyi. Dorang mesti dah tahu yang rakyat Malaysia ni memang hantu karaoke!

Tidak cukup dengan itu, pentas kemudiannya ‘terbakar’ dengan persembahan unit yang cukup dinanti-nantikan. Peminat dihidangkan dengan persaingan sengit antara dua pasukan: ‘Team Tomboy’ yang membawakan lagu popular (G)I-DLE dengan gaya mereka yang tersendiri, menentang ‘Team Whiplash’ yang tampil dengan persembahan yang lebih garang dan seksi. Sorakan peminat yang berbelah bahagi untuk memilih pemenang membuktikan kedua-dua persembahan itu benar-benar meninggalkan impak.
Projek Khas Peminat & Hadiah Album Baru
Sebagai tanda penghargaan, 82DE Malaysia telah menyediakan sebuah projek khas dengan menyanyikan lagu “Promise You” bersama-sama. Momen tersebut nyata menyentuh perasaan ahli 82MAJOR, yang kelihatan terharu dengan sokongan padu yang diberikan.

Sebenarnya, dari masa fan-meeting lagi, 82 Major dah terharu dengan sambutan penuh bertenaga peminat Malaysia, sebab tu lah kot, dorang eksaited nak datang lagi ke sini!
Haaa… ada satu kejutan 82MAJOR apabila mereka menyampaikan satu berita yang paling ditunggu-tunggu. Mereka secara rasmi mengumumkan bakal muncul dengan album terbaru yang akan dilancarkan pada 30 Oktober ini! Pengumuman itu semestinya menjadi penutup yang sempurna untuk malam yang sudah sedia havoc! .
Konsert 82MAJOR di Kuala Lumpur jelas bukan sekadar persembahan muzik biasa, tetapi sebuah malam yang penuh dengan interaksi, kenangan manis, dan janji-janji yang mengikat hubungan antara idola dan peminat. Jumpa lagi, 82MAJOR!
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K