VIVIZ Pukau Peminat Malaysia, Comel Bertutur Bahasa Melayu di Konsert [NEW LEGACY]
Penantian peminat Malaysia selama enam tahun untuk bertemu SinB, Eunha, dan Umji akhirnya terubat…
![VIVIZ Pukau Peminat Malaysia, Comel Bertutur Bahasa Melayu di Konsert [NEW LEGACY]](https://kvarietym.wordpress.com/wp-content/uploads/2025/10/k-variety-malaysia-8.png?w=1200)
Penantian peminat Malaysia selama enam tahun untuk bertemu SinB, Eunha, dan Umji akhirnya terubat apabila mereka kembali, kali ini sebagai VIVIZ, dalam konsert 2025 VIVIZ WORLD TOUR [NEW LEGACY] pada Sabtu lalu.
Bertempat di Idea Live Arena, ketiga-tiga ahli kumpulan itu memulakan konsert pada jam 5 petang dengan lagu hit mereka, “Shh”. Kehadiran mereka disambut dengan sorakan gemuruh, lebih-lebih lagi apabila peminat dapat menyaksikan sendiri persembahan tarian ikonik lagu tersebut secara langsung.
Sesi memperkenalkan diri bertukar lucu apabila ahli kumpulan mula ‘hilang’ seorang demi seorang dari pentas, bermula dengan Eunha dan diikuti oleh SinB. Umji, yang sepatutnya menjadi ahli terakhir, didapati ‘tersekat’ dan terpaksa memperkenalkan dirinya dari belakang pentas, mengundang tawa peminat yang hadir.
Mereka meluahkan rasa gembira dapat kembali ke Malaysia dan teruja untuk berseronok bersama peminat. “Ini kali pertama kami di sini sebagai VIVIZ, kami tak sabar nak berseronok dengan anda semua!” kata mereka.

Persembahan Solo Yang Memukau
Antara segmen yang paling menjadi bualan adalah persembahan solo setiap ahli. Peminat nyata terkesima dengan persembahan yang disajikan.
Bermula dengan SinB yang mempamerkan kemantapan tariannya, diikuti dengan Umji, dan diakhiri oleh Eunha, dewan gamat dengan sorakan. Persembahan bertenaga dan ‘berani’ mereka membuatkan ramai peminat berseloroh di media sosial untuk “mengadu kepada Sowon (bekas ketua kumpulan GFRIEND)” tentang kenakalan ahli kumpulan itu di atas pentas.

Interaksi Sepenuh Hati
VIVIZ membuktikan kualiti persembahan mereka menerusi vokal yang ‘padu’ dan tarian yang sentiasa bertenaga. Mereka juga tidak jemu berinteraksi dengan peminat di setiap sudut arena.
Kumpulan itu kelihatan amat gembira apabila mendengar fan chant yang kuat dan nyanyian peminat (sing along) yang tidak henti-henti untuk hampir kesemua lagu yang dipersembahkan.
Lebih mencuit hati, VIVIZ turut mencuba untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Kecomelan Eunha yang cuba bercakap dalam bahasa Melayu mendapat sorakan padu, malah ada yang bergurau mengatakan dia “sudah boleh duduk di Malaysia.”

Janji VIVIZ dan Kejayaan Projek Peminat
Semasa sesi encore, satu segmen cabaran tarian lagu VIVIZ telah diadakan untuk peminat. Umji mendedahkan bahawa dia sempat menonton separuh akhir segmen itu dari belakang pentas dan memuji kehebatan peminat Malaysia menari.
Projek khas peminat, termasuk sebuah video kompilasi yang ditayangkan, turut berjaya dan mendapat pujian daripada ketiga-tiga ahli.
Sebelum mengakhiri konsert, SinB sekali lagi berjanji bahawa mereka tidak akan membuatkan peminat menunggu lama untuk kembali ke Malaysia.
Kembalinya SinB, Eunha, dan Umji ke Malaysia, walaupun kini dengan nama VIVIZ, nyata satu momen yang dinanti-nantikan dan berjaya mengubat kerinduan peminat. Semoga janji mereka untuk kembali secepat mungkin akan dikotakan!

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K